Majlis Berbuka Puasa PAPISMA Kelantan

Dr Ahmad Abir selaku pengerusi majlis.

KOTA BHARU- Majlis iftar jam’i PAPISMA Zon Kelantan Sabtu lalu begitu meriah dengan kehadiran lebih 100 orang hadirin dari seluruh Kelantan. Majlis iftar tersebut yang diadakan di restoran New Horizon, Kota Bharu adalah bertujuan mengeratkan ukhuwwah antara sesama ahli disamping dapat menghadiri wacana bulanan pertama PAPISMA Zon Kelantan 2009. Majlis yang bermula pada jam 6.00 petang itu dibuka dengan surah al-Fatihah dan ucapan aluan pengerusi majlis Dr Ahmad Abir Ab Ghani yang juga merupakan timbalan pengerusi Papisma Zon Kelantan sesi 2009/2011.

al Fadhil Ustaz Marzuk

al Fadhil Ustaz Marzuk

Kira-kira jam 6.15 petang wacana bulanan dimulakan dengan satu ceramah yang disampaikan oleh al- fadhil Ustaz Marzuk yang telah menghuraikan tafsir surah an-Nahl, ayat 120-121.
Secara ringkasnya beliau menyatakan bahawa Allah subhanahu wata’ala telah menggambarkan Nabi Ibrahim itu sebagai manusia yang agung serta sebagai imam serta sanggup melawan Namrud yang mengaku sebagai Tuhan. Perdebatan antara keduanya telah menyebelahi Ibrahim.
Kelebihan Ibrahim, Allah Menggelar baginda sebagai ‘Khalil Allah’. Nabi Ibrahim juga antara yang paling banyak diuji. Pesan ustaz, ahli PAPISMA juga seharusnya tahan diuji dan perlu banyak bersabar dalam ujian kerana ujian kita ketika ini hanyalah ‘trivial’ semata.

Sebahagian ahli yang hadir

Sebahagian ahli yang hadir

Selepas mendengar ceramah, majlis ta’aruf dari meja ke meja turut dilakukan. Sesungguhnya ada juga ahli baru dan keahlian PAPISMA nampaknya semakin bertambah.
Sebelum hampir waktu berbuka beberapa pengumuman ringkas turut dibuat bagi kutipan derma/zakat untuk Ramadhan dan pengumuman lain termasuk majlis Qiyamullail dan kuliah subuh Papisma Kelantan, program Syawal dan koperasi Amalmedik.

Jumlah kehadiran pada majlis tersebut sebenarnya tidak disangkakan. Namun alhamdu lilah hidangan makanan masih mencukupi untuk menerima beberapa jemputan lagi. Kerusi ditambah, pinggan dan gelas masih boleh disediakan pihak restoran.

Hadirinsedang khusyuk mendengar ceramah.

Antara menu utama yang disediakan seperti kerabu sotong, tom yam campur, sayur goreng kailan dan ikan ‘sweet-sour’. Tidak dilupakan kuih-muih beraneka rasa. Majlis tetap sederhana walaupun dilakukan di restoran terkenal tersebut.

Selepas menjamu selera hadirin terus pulang untuk menunaikan solat fardhu maghrib masing-masing. Semoga ikatan ukhuwwah yang terbina antara sesama ahli tidak berhenti setakat majlis tersebut sahaja dan akan terus berpanjangan sampai bila-bila.

Laporan disediakan setiausaha

Share and Enjoy:
  • Facebook
  • Google
  • Furl
  • Print this article!

Related posts:

  1. PAPISMA Kelantan Anjur Majlis Kesyukuran
  2. Majlis Interaksi dan Solat Hajat
  3. Homestay Papisma Kelantan
  4. Lawatan Ikatan Profesional Muda Kelantan ke Perak
  5. Mesyuarat PAPISMA Kelantan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Wordpress Themes - Wordpress Video Themes - Wordpress Travel Themes - WordPress Restaurant Themes