Posts

❗❗Are you ready for our next fabulous topic❓

 

🫘 We will bring you , depth into our own bean world!

 

🤓 Come and join, together with us in our ” Nuturing future doctors” program featuring our Great doctors in their Specialities.

 

🤗This coming December, we bring you guys Nephrology topic with honorary Dr Muhammad Yusuf Abu Shamsi , Nephrologist from Hospital Canselor Tuanku Muhriz . Discussing topic of NEPHROLOGY “When the bean stop working”

 

💻Meet you guys via online ( Zoom ) apps :

Date : 9 December 2023 (Saturday)

Time : 9.00pm till 11.00pm

Fee : Only RM10 per person!

 

📝Register now via following QR code ( poster ) or click the link below :

https://forms.gle/FZwNXjBwTN4V1TNz8

 

For any enquiries , kindly contact :

📞 Dr Yusmeera : 019-2881578

Kenyataan Media PAPISMA

Langkah kerajaan Malaysia menangguhkan RUU Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 dipersoalkan

Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia menggesa kerajaan untuk segera membentangkan RUU Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 di Parlimen. Kami kecewa dan mempersoalkan keputusan kerajaan yang menangguhkan bacaan kali kedua RUU tersebut yang sepatutnya dibentangkan pada 10 Oktober 2023.

RUU tersebut adalah langkah penting untuk melindungi kesihatan rakyat Malaysia daripada bahaya tembakau dan produk nikotin lain seperti vape. Tambahan pula ia mengandungi pelbagai peruntukan yang bertujuan untuk mengurangkan penggunaan dan pendedahan kepada asap tembakau, termasuk larangan merokok di tempat-tempat awam, kawalan iklan dan promosi, peningkatan cukai dan harga, serta pengawasan dan penguatkuasaan.
Kelulusan RUU tersebut lebih mendesak apabila telah berlaku kelompangan undang undang setelah nikotin dikeluarkan daripada senarai akta racun. Ini memungkinkan lebih ramai terdedah kepada nikotin melalui vape, terutamanya golongan muda dan kanak-kanak.

Menurut data WHO, tembakau membunuh lebih daripada 8 juta orang setiap tahun di seluruh dunia, termasuk 1.2 juta orang yang terdedah kepada asap tembakau kedua. Di Malaysia, kira-kira 20,000 orang mati setiap tahun akibat penyakit berkaitan tembakau. Selain itu, penggunaan vape juga meningkat di kalangan remaja dan dewasa muda, yang membawa risiko kesihatan jangka panjang.

Kerajaan tidak boleh mengambil mudah isu ini dan wajib melihat kepada keseriusan kejadian menghisap rokok dan vape dalam kalangan masyarakat. Kami menyeru kerajaan untuk memenuhi komitmen mereka sebagai penandatangan Konvensyen Kerangka Kawalan Tembakau WHO dan memastikan RUU Kawalan Tembakau Demi Kesihatan 2023 diluluskan tanpa sebarang kelewatan.

Kami juga ingin menegaskan bahawa RUU ini telah mendapat kelulusan dari jawatankuasa khas parlimen yang ditubuhkan untuk meneliti kandungannya. Semua ahli parlimen telah dimaklumi tentang perjalanan RUU ini dan sepatutnya bersedia untuk membahaskannya pada 10 Oktober 2023. Kami berharap tiada sebarang halangan atau rintangan yang akan menggagalkan usaha ini.

PAPISMA
9/10/2023

Rujukan
(1) Pelan Strategik Kebangsaan Bagi Kawalan Tembakau & Produk Merokok 2021-. http://elearningjknj.moh.gov.my/mod/resource/view.php?id=967.

(2) Merokok: Lebih 27,000 kematian rakyat Malaysia setiap tahun – Pengamal …. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/merokok-lebih-27-000-kematian-rakyat-malaysia-setiap-tahun-pengamal-perubatan-347776.

(3) 23 peratus rakyat Malaysia adalah perokok | MalaysiaGazette. https://malaysiagazette.com/2019/11/11/23-peratus-rakyat-malaysia-adalah-perokok/.

(4) Statistik moral remaja kita | Harian Metro – HM Online. https://api.hmetro.com.my/node/36116.

(5) Penggunaan vape dalam kalangan remaja meningkat – Sinar Harian. https://www.sinarharian.com.my/article/263247/berita/nasional/penggunaan-vape-dalam-kalangan-remaja-meningkat.

(6) Penggunaan vape dalam kalangan remaja meningkat | Astro Awani. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/penggunaan-vape-dalam-kalangan-remaja-meningkat-423802.

(7) Penggunaan vape dalam kalangan remaja meningkat, kata Kementerian …. https://www.malaysianow.com/my/news/2023/06/13/penggunaan-vape-dalam-kalangan-remaja-meningkat-kata-kementerian-kesihatan.

(8) Mungkinkah rokok alternatif penyelesaian terbaik? – Sinar Harian. https://www.sinarharian.com.my/article/1822/BERITA/Nasional/Mungkinkah-rokok-alternatif-penyelesaian-terbaik.

(9) BAHAYA ROKOK: Mungkinkah rokok alternatif penyelesaian … – Utusan Borneo. https://www.utusanborneo.com.my/2018/12/08/bahaya-rokok-mungkinkah-rokok-alternatif-penyelesaian-terbaik.

(10) Merokok – PORTAL MyHEALTH. http://www.myhealth.gov.my/merokok/.

(11) KKM jangka jumlah sebenar perokok meningkat berbanding 2019. https://www.sinarharian.com.my/article/199252/BERITA/Nasional/KKM-jangka-jumlah-sebenar-perokok-meningkat-berbanding-2019.

(12) Merokok di Malaysia – Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas. https://ms.wikipedia.org/wiki/Merokok_di_Malaysia.

(13) KETAGIHAN MEROKOK DAN TINGKAH LAKU AGRESIF DALAM KALANGAN REMAJA …. https://mycite.mohe.gov.my/en/files/article/177893.

(14) Remaja dan Bahaya Rokok: Fakta yang Anda Perlu Tahu – I-Medik. https://www.imedik.org/remaja-dan-rokok/.

(15) KAJIAN PUNCA, RISIKO MEROKOK DAN SUMBANGAN MEROKOK TERHADAP PEN. http://eprints.utm.my/id/eprint/2226/1/2_8.pdf.

(16) Penggunaan rokok elektronik, vape meningkat mendadak dalam kalangan remaja. https://www.utusan.com.my/terkini/2023/05/penggunaan-rokok-elektronik-vape-meningkat-mendadak-dalam-kalangan-remaja/.

 

PAPISMA mengambil maklum bahawa bacaan kedua bagi Akta Kawalan Produk Tembakau dan Rokok 2023 tidak akan berlaku pada sesi Parlimen ini (1). Ia merupakan suatu kelengahan sedangkan produk nikotin sudahpun dikeluarkan daripada senarai racun dan bebas dijual di pasaran.

 

PAPISMA juga amat bimbang dengan sikap sesetengah ahli parlimen, seperti Ahli Parlimen Sungai Buloh Datuk R. Ramanan, yang mencadangkan agar orang muda menentukan sendiri baik dan buruk merokok dengan memberi bandingan kebebasan mengundi (2).

 

Tanpa perlu menunggu lama, tindakan ini telah pun mengakibatkan kesan mudarat. Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia melaporkan peningkatan mendadak kes EVALI iaitu sebanyak 17 kes hanya pada 2 minggu pertama bulan Jun 2023 (3).

 

Sebuah kes kematian remaja 16 tahun disyaki akibat EVALI sedang dalam siasatan (4) dan pada minggu lepas,Bernama (5) telah juga melaporkan kes bayi berusia 2 tahun yang keracunan cecair nikotin dan telah dimasukkan ke pusat Rawatan kritikal dan mengalami sawan sebanyak 2 kali (6).

 

Wawenang kelengahan tidak munasabah hanya akan mendatangkan kesan lebih buruk buat masyarakat dan negara. Kegilaan mengaut keuntungan, perlu dibendung dengan rasa tanggungjawab buat kesemua rakyat Malaysia.

 

PAPISMA juga telah mendapat salinan 2 pucuk surat bagaimana pihak industri rokok telah dengan agresifnya melobi penggunaan vape dan cuba memberi tekanan supaya Akta Kawalan Produk Tembakau dan Rokok 2023 tidak dibentangkan.

 

Kelulusan penjualan produk nikotin Vape dengan cukai yang amat rendah, tanpa kawalan Akta yang berkaitan adalah polisi yang senget dan sumbang, serta mendatangkan mudarat besar.

 

Justeru, PAPISMA melaungkan kepada semua Ahli Parlimen, dan seluruh rakyat Malaysia untuk berani bersama menyanggah polisi yang senget dan sumbang ini, seterusnya mendesak agar Akta Kawalan Produk Tembakau dan Rokok 2023 dibentangkan di Parlimen dengan segera, demi menjaga kesihatan dan kesejahteraan masyarakat.

 

PERTUBUHAN AMAL PERUBATAN IBNU SINA MALAYSIA

 

(1)https://codeblue.galencentre.org/2023/06/12/tobacco-bill-shockingly-diverted-to-select-committee-after-first-reading/

 

(2) https://malaysia.news.yahoo.com/sungai-buloh-mp-youths-allowed-061632412.ht

 

(3) https://www.thesundaily.my/local/health-dg-17-evali-related-cases-detected-FJ11098148

 

(4) https://themerdekatimes.com/news/2023/06/remaja-perempuan-16-tahun-maut-disyaki-akibat-vape/

 

(5) https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2195323

 

(6) https://twitter.com/kkmputrajaya/status/1665716788364029952?s=46&t=pv6671mrH4cGu1eJIQ50oQ

 

eBENCANA dan MASA DEPAN KITA MENGHADAPI BENCANA

oleh: Mejar (Dr) Khairul Afnan Bin Khalid – Bersara, ahli pakar rujuk pembangunan sistem EBencana.

Kita dikejutkan lagi dengan amaran Malaysia sendiri boleh mengalami gempa bumi sehingga mencapai 6 sekala Richter. Ini bermaksud bahawa jika berlaku gempa di satu-satu pusat, kerosakan yang signifikan dan jelas akan berlaku dikawasan tersebut. Benar atau tidak, kita pernah merasa saki baki gegaran dari Acheh pada 2004, dan yang lebih penting kita membuat persiapan.

Tidak cukup dengan amaran itu, beberapa negeri di pantai timur semenanjung turut sedang mengalami cuaca panas luar biasa sehingga bulan Ogos nanti. Sehingga artikel ini ditulis, sudah 2 kematian kanak-kanak dikaitkan dengan kejadian cuaca panas atau disebut sebagai Stroke Haba.

Secara peribadi dari pengalaman, jika kemaraunya ekstrem, musim tengkujuhnya juga berkemungkinan ekstrem. Pada Disember 2022, apabila hujan terlalu lebat di Kota Bharu, Kelantan sehingga menyebabkan banjir kilat, walaupun dikawasan-kawasan beraliran air longkang yang baik.

Trend cuaca ekstrem dan “Hujan Curah” berlaku hampir dikesemua negeri sebagai kesan dari pemanasan bumi, pencairan ais kutub-kutub, dan peningkatan aras air laut.

Ketika apa jua bencana yang berlaku, keperluan manusia tetap sama. Air, makanan, pakaian, kebersihan, kesihatan dan pengangkutan. Keperluannya tetap sama menjadikan keperluan asas manusia dalam bencana tetap serupa.

Perbezaan yang berlaku adalah kepakaran mengawal risiko bencana diperingkat akut atau kecemasan. Tanah runtuh memerlukan Jabatan kerja raya, bomba dan smart. COVID 19 memerlukan KKM dihadapan. Peperangan memerlukan Angkatan Tentera Malaysia maju bersenjata. Bencana maritim memerlukan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia bergerak tangkas. Manakala Polis DiRaja Malaysia, kekal menjadi ketua menyelaras di Pusat Kawalan Tempat Kejadian selain memantau keamanan masyarakat awam terkesan.

Menyedari hal-hal berkenaan, sejak 8 tahun lepas telah diusahakan Sistem Pengurusan Bencana Negeri Kelantan atau kependekannya adalah EBencana, yang dilancarkan pada 7 Febuari 2023 lepas. Sistem ini dibangunkan dengan memanggil semua pemegang taruh bencana dari sebawahnya iaitu para penghulu, penggawa, pihak berkuasa tempatan, agensi-agensi pusat dan negeri bagi memastikan kesemua keperluan diambil kira.

Ia membolehkan mengsa memaklumkan kejadian, kejadian dan info disahkan (supaya tidak berlaku penipuan), pendaftaran mangsa dan akaun dipercepatkan, keperluan kelompok mangsa dijana dengan teratur dan arahan pengagihan bantuan disampaikan dengan cepat dan tepat dengan bantuan GPS.

Sistem ini sudah bermula, dan rakyat dinegeri Kelantan sudah boleh mula mendaftarkan diri dan NGO masing-masing dalam sistem berkenaan. Data awalan yang dimasukkan akan membolehkan bantuan dan pemantau dipercepatkan apabila bencana sebenar berlaku kelak.

-Masa Hadapan eBencana-

Namun, sistem ini baru sebahagian dari Ekosistem Pengurusan Bencana. Ruang menjadikannya sistem yang lestari dan mampan masih terbuka luas.

Lawatan kami ke pihak Agensi Pengurusan Bencana Negara telah mendapat terdapat keperlu bagi mempercepatkan pembayaran kepada mangsa bencana. Sistem EBencana yang dibangunkan telah dilengkapi dengan sistem pemakluman akaun bayaran mangsa dengan pengesahan status mangsa oleh para penghulu dan penggawa secara online. Ini diharapkan dapat mempercepatkan pembayaran dan mengelakkan penipuan serta keciciran.

Antara kerisauan yang biasanya dimaklumkan kepada kami adalah terputusnya sistem internet ketika bencana. Sebenarnya penyelesaiannya sudahpun ada. Untuk pengetahuan pembaca, banyak pihak tidak dimaklumkan bahawa, agensi-agensi kerajaan ada yang mempunyai sistem internet mobil (mudah alih) yang boleh berhubung terus kepada satelit tanpa melalui pencawang syarikat telekomunikasi yang tiada bekalan elektrik. Agensi seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia mempunyai aset-aset ini.

Saya sarankan untuk setiap PBT dan Jabatan mempunyai aset perhubungan satelit masing-masing memandangkan risiko bencana yang pelbagai semakin meningkat dewasa ini.

Hasil dari data dijana dari sistem EBencana ini juga akan mewujudkan big data analytics dan Kepintaran Buatan (AI) akan dapat memaklumkan kita, keadaan bencana yang bagaimana akan mengesankan berapa ramai mangsa pada satu-satu masa dan tempat. AI berkait bencana ini, dengan kepimpinan dan pengetahuan para profesional kita, akan boleh memaklumkan bakal mangsa akan risiko ditempat mereka melalui apa juga kaedah perhubungan yang bersesuaian. Kita sepatutnya hanya memerlukan 2-3 tahun lagi untuk menghasilkan AI ini jika ada “political will” yang sepatutnya dan berani mencuba dan keluar dari zon selesa.

Sistem eBencana ini apabila matang kelak, saya berkeyakinan akan mampu, dipakejkan, dan mendatangkan hasil kepada kerajaan apabila kita menjadi dengan negara yang mampu menyelamatkan negara-negara lain hasil rekaan sistem yang kita buat bermula di negeri Kelantan ini. Kita akan lahirkan sebuah Unicorn insyallah.