Antara sumbangan Papisma dalam dunia perubatan Islam adalah dengan penghasilan buku-buku ilmiyyah yang menjadi rujukan kepada ummat Islam di Malaysia. Pada tahun 2010, Buku Feqah Perubatan telah dihasilkan. Buku yang diterbitkan oleh PTS itu adalah merupakan hasil tulisan gabungan profesional dalam bidang perubatan dan pakar dalam pengajian agama.

Selain itu, Buku cerpen berjodol Seharum Kasturi telah diterbitkan pada tahun 2012 ia adalah kumpulan cerita daripada pengalaman-pengalaman sebenar ahli Papisma yang hidup dalam dunia perubatan. Kisah suka & duka, pahit & manis diceritakan dalam buku tersebut.

Follow us on Facebook

Click to load facebook widget
Join our Facebook community