Posts

PROGRAM KESIHATAN REMAJA SEJAHTERA merupakan program pendidikan seksualiti remaja anjuran Unit Kesihatan Kampus Kejuruteraan USM Transkerian, Nibong Tebal Pulau Pinang dengan kolabrasi antara PAPISMA, Pejabat Kesihatan Daerah Kerian, Pejabat Pendidikan Daerah Kerian dan Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) Kampus Kejuruteraan USM Transkerian. 

Program ini melibatkan 21 buah sekolah menengah di seluruh daerah Kerian. Dalam program ini seramai 2000 pelajar telah menjalani saringan kesihatan dan seramai 150orang terpilih untuk menyertai program pada hari ini.

Sebanyak 2 topik ceramah daripada silibus MAGIC PAPISMA (silibus pendidikan kesihatan seksualiti remaja) telah dibentangkan dan diikuti dengan sesi latihan dalam kumpulan pada sesi seterusnya. Topik ceramah disampaikan oleh Dr Hani ‘Izzati Yaakub, Ketua Jabatan Remaja dan Kanak-Kanak WARAK PAPISMA Malaysia dan Dr Idyawati Pakar Psikiatri merangkap penasihat PAPISMA KEDAH. 

Seramai 22 orang fasilitator daripada PAPISMA PERAK, KEDAH dan PENANG terlibat dalam program pada kali ini.

Syabas pihak Universiti Sains Malaysia kerana turut optimis dalam penganjuran program pendidikan seksualiti remaja untuk masyarakat setempat.

Semoga pelbagai kerjasama antara PAPISMA dan USM serta Kementerian Pengajian Tinggi umumnya dapat dijalankan lagi bagi program-program lain pada masa akan datang.

 

Alhamdulillah, hari ini telah berlangsung program seminar kesihatan remaja anjuran Nisa’ Tambun dengan kerjasama PAPISMA Perak dan NGO Prihatin Rakyat. 

Antara topik yg dibentangkan adalah berkaitan Pendidikan Seksualiti, Pergaulan Lelaki dan Perempuan, Media dan Jenayah Siber serta Kesihatan Mental Remaja. Aktiviti berkumpulan juga turut diselitkan bagi meningkatkan interaksi antara peserta. Seramai 5 org fasilitator daripada PAPISMA Perak telah terlibat hari ini.

Sebanyak 18 peserta telah memenangi hadiah cabutan bertuah. Majlis diakhiri dengan ucapan perasmian penutup daripada Dr. Abd Kursi bin Abdul Latip, Pengerusi PAPISMA Perak sesi 2023-2025.

 

Terima kasih diucapkan kepada seluruh barisan AJK pelaksana program dan fasilitator yang bertungkus lumus menjayakan program ini. Tidak dilupakan penghargaan buat Masjid Al-Muttaqin, Meru yang telah menyediakan tempat program yg selesa dan jamuan makanan kepada peserta.

 

 

Semoga program dan usaha dakwah sebegini dapat memberi impak positif kepada anak-anak remaja dalam menghasilkan keperibadian muslimah yg solehah. Amin.

 

LIKE, KOMEN, SHARE

PAPISMA CAWANGAN PERAK