Posts

 

Konjunktivitis adalah radang pada konjunktiva iaitu bahagian membran telus yang melitupi mata putih dan bahagian dalam kelopak mata. Ia terjadi disebabkan oleh bakteria, virus atau alahan.

 

▶️ Gejala dan tanda-tanda penyakit

 

Kebiasaannya tanda- tanda yang dapat dilihat adalah seperti mata merah dan mengeluarkan discaj pekat seperti tahi mata untuk konjunktivitis yang disebabkan bakteria.

 

Manakala konjunktivitis yang disebabkan oleh virus selalunya mengeluarkan discaj yang lebih cair seperti air mata. Ia boleh bermula pada satu mata dan berjangkit ke sebelah mata yang lain. Selalunya berlarutan selama seminggu atau lebih.

 

Untuk konjunktivitis yang disebabkan oleh alahan pula, pesakit boleh mengalami gatal mata, kadang-kala gatal hidung jika melibatkan resdung (allergic rhinitis). Kedua-dua belah mata sentiasa berair dan sakit pada masa yang sama. Konjunktivitis jenis ini boleh berlanjutan buat masa yang lama (keadaan yang kronik) dan pesakit akan mengalami serangan beberapa kali sekiranya terdedah dengan alahan.

 

▶️ Cara-cara rawatan

 

Untuk konjunktivitis yang disebabkan oleh bakteria, ia boleh dirawat dengan ubat titis mata dan salap mata antibiotik secara lebih kerap.

 

Bagi konjunktivitis disebabkan oleh virus pula, tidak ada rawatan yang khusus kerana ia boleh sembuh sendiri dalam masa 4-5 hari (self limiting). Ubat titis air mata palsu boleh digunakan untuk mencuci mata dengan kerap dan ia membantu kurangkan gejala.

 

Konjunktivitis disebabkan oleh alahan memerlukan ubat-ubatan untuk mengawal alahan dan mengurangkan gatal seperti ubat antihistamin.

 

▶️ Cara-cara mengelakkan penularan

 

Konjunktivitis yang disebabkan oleh bakteria atau virus boleh berjangkit dengan mudah. Antara langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan jangkitan:

 

✅ Kurangkan kontrak dengan mereka yang mengalami sakit mata merah sehingga sembuh. Cuba elakkan menyentuh mata yang dijangkiti.

 

✅ Kerap mencuci tangan dengan sabun dan air bersih terutamanya sebelum dan selepas menyentuh mata.

 

✅ Elakkan tempat yang sesak atau menghantar anak ke sekolah / pusat penjagaan kanak-kanak sekiranya mata anak masih merah atau berair.

 

✅ Jangan berkongsi tuala muka / bantal / ubat titis mata atau barang peribadi dengan orang yang dijangkiti.

 

By Dr Ammar

 

PAPISMA Kedah

DAPATKAN E-ISBN MELALUI PAPISMA. PAPISMA IALAH SEBUAH PENERBIT DI BAWAH PERPUSTAKAAN NEGARA

Tahukah anda PAPISMA ialah penerbit berdaftar. E-ISBN dan PDP* boleh diperolehi daripada Perpustakaan Negara kepada mereka yang mendaftarkan penulisan di bawah Penerbit “Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia”

 

Ada penerbitan dan anda ingin mendapatkan E-ISBN melalui PAPISMA?

 

Ini langkah-langkahnya:

 

1. Pastikan penerbitan anda siap disemak dan mempunyai format/ ciri-ciri ini: 

-Bibliografi

-Muka Hadapan (file dinamakan : coverpage_PENERBIT PAPISMA)

-Mukasurat Judul (file dinamakan : mukasuratjudul _PENERBIT PAPISMA)

-Mukasurat Hakcipta (file dinamakan : hakcipta_PENERBIT PAPISMA)

-Prakata / Sinopsis (file dinamakan : preface_PENERBIT PAPISMA)

-Mukasurat Isi Kandungan (file dinamakan : toc_PENERBIT PAPISMA)

-Memasukkan logo dan perkataan diterbitkan oleh Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia.

 

2. Maklumkan hasrat kepada Exco Penerbitan PAPISMA.

 

3. PAPISMA akan memberikan E-ISBN terakhir penerbitan terdahulu (perlu dimuat naik semasa mendaftar) dan memuat naik ke Web PAPISMA.

 

4. Ahli boleh memohon E-ISBN apabila perkara 1 hingga 3 dipenuhi melalui link ini:

KLIK :

https://forms.gle/LVBShzAZAtBYJtP46

 

5. Nombor E-ISBN akan diperoleh melalui emel dalam 2-3 hari bekerja.

 

-Penerbit PAPISMA-