Report Card COVID-19 Alhamdulillah,berikut adalah report card oleh PAPISMA Student Chapter dibawah inisitiaf bersama Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) dan Sekretariat Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) sepanjang wabak COVID-19 melanda Malaysia.

PSC telah berjaya menyiapkan 683 set perisai muka untuk fasa dua projek ini menandakan jumlah kumulatif yang tercapai adalah 1100 unit.

Kami turut menderma bahan membuat perisai muka bernilai sekitar RM200 dan sebanyak 20 infografik untuk rujukan petugas barisan hadapan dan orang awam telah mampu kami siapkan.

Semoga Allah S.W.T merahmati usaha yang telah pihak kami lakukan bersama ini. InshaaAllah.

Berilmu,Beramal,Bertaqwa

PAPISMA STUDENT CHAPTER

Papisma Terengganu

Sumbangan PPE ke PKD Dungun

Pagi hari ini, 28/4/2020 yang hujan dan sejuk, aktivis Covid-19 PAPISMA Terengganu, Sdr. Mohd. Johari Yusof, telah menyerahkan kelengkapan PPE kepada sukarelawan Covid-19 untuk dihantar ke Hospital Dungun. Sumbangan itu adalah sebagaimana berikut:

Aerochamber small (3 unit), medium (21unit) dan large (15 unit)
Mask N95 (120 unit)
Gown (200 unit)
Tudung (200 unit)
Shoe cover (200 unit)
Cap cover (53 unit)

Mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada para petugas barisan hadapan KKM dalam menghadapi wabak ini.

#SILADUDUKRUMAH
#PerangiCovid19

DAKAP MENYUMBANG LAUK RAMADHAN
JELI KELANTAN
27 APRIL 2020 @ 10PG

Kali ini giliran asnaf Jeli untuk merasai bantuan daripada Dakap Papisma. Agihan utk asnaf Daerah ini juga diwakili oleh Pn Norita PZM PKD Jeli.

Agihan lauk Ramadhan bermula di kg Rosing, kg jeli lama, kg jalan malaysia, kg teluk bayu dan kg pasir dusun. Syukur atas nikmat yang sama2 dirasai.

Terima kasih kpd para penyumbang.
Di bulan Ramadgan ini,ramai yg berzakat kan 😀 Jangan lupa salurkan wang Wa’ad hasil zakat masing2 ke akaun kami. Kami bantu anda menguruskannya

Kenyataan Media PAPISMA

1. PAPISMA mengucapkan terima kasih kepada YAB Tan Seri Muhyiddin Yassin atas di atas komitmen padu dan keputusan yang tegas bagi mengatasi wabak Covid-19.

2. PAPISMA yakin arahan Perintah Kawalan Pergerakan mulai 18 March 2010 adalah bertujuan utama untuk mendidik rakyat Malaysia agar serius dengan usaha-usaha pencegahan wabak yang telah diambil oleh KKM selama ini. Sehubungan itu PAPISMA menyeru seluruh rakyat Malaysia agar patuh dan bersabar sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

3. PAPISMA juga ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan syabas dan terima kasih kepada seluruh anggota kesihatan dan perubatan kerajaan mahupun swasta yang sentiasa berada di barisan hadapan bagi memastikan kesihatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia. Usaha mereka wajar mendapat sokongan padu seluruh rakyat terutamanya diwaktu yang sukar ini. Mereka juga ada keluarga yang disayangi, dan turut merasa kesukaran hidup diwaktu seperti ini. Sedikit bantuan yang boleh membantu kehidupan mereka akan pastinya memudahkan mereka melaksanakan tanggung jawab mereka dengan lebih baik.

4. Marilah kita menghadkan perjalanan hanya untuk urusan yang amat penting sebaliknya kita gunakan masa yang terluang ini dengan aktiviti-aktiviti berkualiti dan bermenafaat bersama keluarga dirumah. Hidupkan suasana kemesraan dan dan wujudkan sistem sokongan keluarga yang kuat terutama untuk membantu ahli keluarga yang mempunyai anak-anak kecil tetapi terpaksa menjalankan kerja dan tugas penting.

5. Kita berdoa agar Malaysia dapat mengatasi waktu yang sukar ini dengan semangat persaudaraan dan sifat tolong menolong yang tinggi. Hargai kesihatan dan nyawa orang lain seperti kita menghargai kesihatan dan nyawa kita sendiri.

Dato Dr Suhaini Kadiman
Presiden

Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia
(PAPISMA)

#papisma
#covid19
#kkm