Bengkel Asas Khatan Nusantara PAPISMA Kelantan 2023.

Alhamdulillah seramai 68 orang peserta telah hadir dalam bengkel asas khatan anjuran PAPISMA Kelantan kali ini.

Program diisi dengan ceramah Teknik Asas Khatan dan Peralatan oleh Mr Faied Othman, Pakar Klinikal Urologi, Jabatan Pembedahan Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian.

Program diteruskan dengan sesi kedua ceramah bertajuk Teknik Anesthesia Khatan oleh Dr Azaharim Omar, Pakar Bius Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu.

Sesi praktikal turut dijalankan kepada para peserta bengkel dengan memberi gambaran awal program khatan yang akan diadakan di lapangan.

Alhamdulillah, rata-rata peserta bengkel pada kali ini memberi respon positif agar ianya dapat diadakan lagi pada masa akan datang.

#BerkhidmatAdalahKeistimewaan
#SihatUntukBeramal
#KhatanNusantaraPAPISMA

Rebut peluang menyertai Bengkel Asas Khatan 23 anjuran PAPISMA Kelantan.

Terbuka kepada semua yang berminat untuk mempelajari secara teori dan praktikal tentang teknik berkhatan.

Sila rujuk poster untuk maklumat lanjut.

Untuk menyertai, klik pada link pendaftaran yang disediakan : 🔻

https://forms.gle/ZyPtyiv5mMYevN1EA

Read more

MAJLIS PENYERAHAN 11 GEROBOK COVID 19

YB Dato Tuan Ibrahim Tuan Man, Menteri Alam Sekitar dan Air menyerahkan logo Gerobok Covid 19 sebagai simbolik penyerahan 11 Gerobok Covid 19 kepada Dato Dr Zaini bin Hussin, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan pada pagi tadi.

Projek 11 Gerobok Covid 19 memerlukan dana sekitar RM 23,000. YB Dato Tuan Ibrahim Tuan Man telah menyumbangkan sebanyak RM 20,000 untuk melaksanakan projek ini. Projek ini berjaya diselesaikan dalam tempoh masa 2 minggu.

Projek ini diketuai oleh Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina (PAPISMA) Malaysia Cawangan Kelantan dan dibantu oleh Kelab Sukarelawan dan Kebajikan Salor (KeSuKeS), Jabatan Amal Malaysia dan beberapa sukarelawan lain seperti En Zulkifli (Tukang Aluminium), Mat Yie (Pembekal Aluminium Glass), Pn Suhaili, Tn Mohd Sumazlin dan lain-lain.

Terima kasih kepada pensyarah Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Tuan Hafiz Karami dan Mohd Ikhwan atas lukisan pelan Gerobok Covid 19. Pelan tersebut telah digunapakai secara meluas di Sabah, Terengganu dan Johor. Ianya juga dikongsikan kepada pihak perubatan di Turki.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia atas keizinan memberikan surat pelepasan kepada semua sukarelawan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3035920546634357&id=1682317528661339