Adik Danish dilahirkan di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru, Johor dan keluarga Danish semuanya Warganegara Malaysia. Namun, akibat isu dokumen kewarganegaraan ibunya, status kewarganegaraan Danish masih belum jelas.
Sejak terlibat dalam kemalangan pada 22 Mei lalu, Danish masih terlantar di hospital dan belum dapat pulang ke rumah.
Sehingga 26 Ogos 2026, bil rawatan Danish telah mencecah lebih RM80,000. Setelah bayaran deposit sebanyak RM29,000, masih terdapat baki sekitar RM51,000 yang perlu dijelaskan — dan jumlah ini terus meningkat setiap hari.
Lebih menyentuh hati, Danish adalah seorang hafiz al-Quran. ❤️
Danish merupakan harapan besar buat neneknya yang telah mengasaskan sebuah sekolah tahfiz di Masai, Johor. Neneknya menyimpan harapan agar suatu hari nanti Danish dapat membantu mengurus dan meneruskan perjuangan beliau dalam membangunkan sekolah tahfiz tersebut.
Namun hari ini, Danish pula yang sedang memerlukan bantuan kita.
Dia bukan sekadar seorang pesakit yang memerlukan rawatan.
Dia seorang anak, seorang cucu, seorang hafiz dan sebuah harapan buat keluarganya. ❤️
Danish hanya ingin pulang ke rumah… tetapi tunggakan bil rawatan masih menjadi penghalang.
🤲🏻 Ayuh bersama-sama DAKAP PAPISMA ringankan beban keluarga Danish.
RM10, RM50 atau RM100 mungkin kecil bagi kita, tetapi apabila disatukan, ia mampu menjadi jalan untuk Danish melunaskan tunggakan rawatan dan kembali ke pangkuan keluarganya.
Mungkin sedikit bagi kita, tetapi cukup besar maknanya buat Danish.
Semoga setiap ringgit yang kita sumbangkan menjadi amal jariah, asbab kesembuhan dan asbab Danish dapat pulang ke rumah serta meneruskan perjuangannya. 🤲🏻❤️
Hari ini Danish memerlukan kita. Esok, mungkin dia pula yang akan meneruskan perjuangan membantu orang lain❤️
📲 Klik link di bawah untuk menyumbang:
Dana Kemanusiaan PAPISMA (DAKAP)
Ringankan Beban, Berikan Senyuman ❤️
#DAKAP #DanaKemanusiaanPAPISMA
#TitianKasihDakap
#BawaDanishPulang #KongsiRezeki


