Diabetis ialah sejenis penyakit di mana badan mengeluarkan terlalu sedikit insulin atau insulin dikeluarkan tidak berkesan. la mengakibatkan paras glukosa dalam darah tidak normal dan jika dibiarkan akan menyebabkan komplikasi yang senus. Insulin adalah sejenis hormon yang dihasilkan  dalam  pangkreas.  la mengekalkan glukosa dalam darah pada paras normal dengan membantu mengeluarkan glukosa dari edaran darah memasuki sel badan. Akibat dari kandungan insulin yang tidak mencukupi atau tidak berkesan di kalangan pesakit diabetis, glukosa tidak dapat memasuki sel-sel badan dan ia kekal di dalam darah menyebabkan paras glukosa dalam darah meningkat. 

Jenis Diabetis

Ada 2 jenis utama diabetis iaitu:  

Jenis I atau Diabetis Yang Bergantung Pada Insulin

  • * Selalu terjadi di kalangan kanak-kanak atau remaja.
  • * Hanya boleh dikawal dengan suntikan insulin, kawalan pemakanan dan senaman.
  • * Disebabkan kekurangan insulin.
  • * Biasanya mempunyai kaitan dengan keturunan yang kuat antara ahli keluarga yang menghidap diabetis.  
  • Jenis II atau Diabetis yang Tidak Bergantung Pada Insulin
  • * Selalu berlaku di kalangan orang dewasa (40 tahun ke atas) dan individu yang mempunyai berat badan yang berlebihan.
  • * Biasanya boleh dikawal dengan hanya dengan kawalan pemakanan dan senaman atau gabungan pemakanan, senaman dan ubat.
  • * Disebabkan oleh kekurangan insulin atau insulin yang dikeluarkan kurang berkesan.
  • * Biasanya mempunyai kaitan keturunan yang kuat antara ahli keluarga yang menghidap diabetis.  

Faktor Risiko Diabetis

Sesiapa sahaja boleh mendapat diabetis tetapi sesetengah orang lebih mudah mendapat diabetis. Faktor risiko diabetis ialah:

  • * Kegemukan
  • * Kurang aktiviti fizikal seperti senaman
  • * Faktor pemakanan seperti – Pengambilan lemak berlebihan dalam makanan – Pengambilan serat yang tidak mencukupi – Kurang zat makanan di peringkat awal umur – Kelahiran yang tidak cukup berat
  • * Sejarah keluarga yang menghidap diabetis
  • * Umur
  • * Kumpulan etnik  

Gejala Diabetis

  • * Kerap dahaga
  • * Kerap kencing
  • * Susut berat badan walaupun berselera makan
  • * Terasa letih atau lesu
  • * Luka dan cedera yang lambat sembuh
  • * Gatal-gatal terutamanya di bahagian kemaluan  

Komplikasi Diabetis

Diabetis yang tidak dirawat atau dikawal dengan baik akan menyebabkan komplikasi yang lebih serius.

Komplikasi diabetis yang biasa adalah:

  • * Penyakit buah pinggang
  • * Serangan jantung
  • * Kebutaan
  • * Koma atau tidak sedarkan diri
  • * Stroke/angin ahmar
  • * Penyakit saraf
  • * ‘Gangrene’ atau tisu mati  

Pencegahan Diabetis

Diabetis, terutama Jenis II, biasanya dikaitkan dengan berat badan yang berlebihan yang boleh dicegah dengan:

  • * Mempunyai berat badan unggul. Insulin tidak berkesan bagi mereka yang mempunyai lebihan berat badan. Julat berat badan sihat ialah dengan memiliki ‘Body Mass Indeks’ (BMI) antara 20 – kurang dari 25 [BMI = Berat (Kg) / Tinggi (m) X Tinggi (m)]
  • * Makan pelbagai jenis makanan.
  • * Elak makanan berlemak, pilih yang rendak lemak.
  • * Makanlah mengikut umur dan tahap aktiviti fizikal anda.
  • * Makan lebih buahan, sayuran, kekacang dan bijirin.
  • * Makan mengikut kebiasaan tetapi sedikit. Elak snek atau makanan ringan selepas makan.
  • * Bersenam selalu sekurang-kurangnya 3 kali seminggu, 20 – 30 minit setiap kali.  

Bolehkah Diabetis Disembuh?

Diabetis tidak boleh disembuh, tetapi boleh dikawal. Untuk mengawal diabetis, kadar glukosa dalam edaran darah hendaklah sentiasa berada pada kadar yang biasa (normal). Berikan perhatian terhadap perkara berikut;

* Ubat.

* Pemakanan sihat.

* Penjagaan berat badan.

* Bersenam selalu.

* Elakkan jangkitan.

 

Berlegar dikalangan masyarakat, jika bayi kecil yang mengalami penyakit kuning, perlu dijemur di bawah terik matahari. Adakah betul?

Sebelum menjawab, anda terlebih dahulu perlu mengetahui apakah jaundis neonatal?

Jaundis neonatal terjadi bila ada kekuningan pada kulit akibat pemendapan bilirubin dalam darah di kalangan bayi. Majoriti kes kekunigan adalah proses biasa yang berlaku kepada bayi. Cuma kurang dari 2% adalah akibat penyakit yang serius, seperti Atresia Biliari dan beberapa penyakit genetik yang jarang berlaku.

Walaupun ianya satu proses yang biasa, tetapi menguruskan anak yang dihinggapi jaundis ini perlu perhatian khusus dari ibu-bapa. Menggunakan petua yang tidak terbukti dari segi kajian adalah merugikan diri. Malah jika tidak kena caranya akan menyebabkan penyesalan seumur hidup anak anda.

Apa yang dibimbangi bagi penyakit ini adalah KERNICTERUS?

Kernicterus terjadi bila tahap bilirubin dalam darah tinggi dan mendap dalam sel-sel otak. Ia sangat bahaya terutama bagi bayi pramatang (tak cukup bulan ). Ini kerana mendapan ini boleh merosakkan otak dan menyebabkan kecacatan kekal seperti lumpuh, sawan dan tidak dapat bercakap bila besar nanti.

Apakah penyebab jaundis neonatal?

Jaundis boleh terjadi akibat proses fisiologi normal: iaitu bila bayi baru lahir masih todak mampu untuk mengkumuhkan lebihan bilrubin keluar daripada badan mereka.

Ia juga boleh terjadi akibat proses patologi (penyakit) dan akibat lain seperti

  1. Faktor umum:
    • Bayi premature
    • Kurang air
    • Darah yang terminum oleh bayi semasa proses kelahiran
    • Pemberian susu ibu : meningkatkan risiko jaundis
  2. Pemecahan darah :
    • Kumpulan darah tidak sama antara ibu dan bayi : ABo atau Rhesus incompatibility
  3. Jangkitan kuman (sepsis):
    • Jangkitan otak
    • Jangkitan salur kencing
    • Jangkitan dalam kandungan : kuman herpes, Cytomegalo Virus
  4. Kesan metabolik :
    • Kurang hormon tiroid
    • Galaktosemia
  5. Sumbatan pada aliran bilirubin:
    • Penyempitan salur biliari
    • biliari atresia
  6. Jangkitan neonatal hepatitis

APAKAH PENGURUSAN KES JAUNDIS NEONATAL?

Keterukan jaundis neonatal boleh diperiksa dengan ujian darah venous dan kapilari. Pemeriksaan lebih menyeluruh oleh doktor mengambil kira umur bayi:

  • lebih bahaya jika bayi umur <24jam
  • Keadaan umum bayi
  • Penyebab jaundis
  • Tahap jaundis @ bilirubin dalam darah

APAKAH RAWATAN yang biasa?

Biasanya rawatan terbahagi pada 2 :

1) Fototerapi

Cahaya spektrum biru lampu khas dapat mengurangkan paras bilirubin. Biasanya dimulakan bila bilirubin mencapai jumlah 222microm/l. Ia akan diteruskan sehingga paras bilirubin menurun ketahap lebih rendah. Oleh itu darah akan sentiasa diambil bagi mengkaji keberkesanan fototerapi ini.

2) Exchange Transfusion (ET)

Adalah prosedur bila darah bayi secara berulang-ulang dalam kuantiti yang kecil dikeluarkan dan pada masa yang sama diganti dengan darah penderma.Dengan adanya fototerapi , ET telah kurang diperlukan namum jika bilirubin melebihi 345 microm/l, ia mungkin akan dilakukan.

Justeru menjemur bawah terik matahari bayi anda adalah tidak termasuk dalam rawatan standard yang dilakukan di hospital. Malah kekadang akitiviti menjemur itu mendatangkan bahaya kepada anak anda yang masih kecil. Boleh berlaku dehidrasi atau kekurangan air yang banyak semasa proses menjemur. Anak anda bukannya kain basah, boleh wewenang dijemur panas teriknya mentari.

Dr Suhazeli Abdullah

Pakar Perubatan Keluarga

Kemandulan adalah suatu fenomena yang biasa berlaku dikalangan yang baru berkahwin.

FAKTOR KEMANDULAN DI KALANGAN ISTERI

  • Salur fallopio tersumbat.
  • Tidak subur.
  • Telur tidak baik.
  • Peredaran haid tidak teratur.
  • Haid terhenti atau tidak ada langsung. Haid terlampau lama.
  • Sakit setiap kali kedatangan haid.
  • Keputihan yang serius.
  • Pendarahan di utrin.
  • Radang pada dinding rahim.
  • Fibroid.
  • Tidak ada nafsu seks.
  • Kesan sampingan ubat perancang atau mana-mana ubat panas atau jamu yang dimakan kerana tujuan tertentu sehingga merosakkan rahim atau menjejaskan tahap kesuburan wanita.

Namun begitu 40 peratus dari masalah kemandulan di negara ini berpunca daripada pihak lelaki atau suami. Kajian telah membuktikan bahawa puncanya adalah dari masalah air mani. Kemungkinan untuk isteri hamil adalah kurang jika air mani dari pihak suami kurang dan berkemungkinan juga tidak berkualiti. Untuk pasangan yang berkahwin dalam lingkungan umur di bawah 30 tahun, anda perlu berjumpa pakar hanya setelah isteri tidak hamil dalam jangka masa setahun setengah. Manakala pasangan yang berkahwin 30 hingga 35 tahun, anda perlu berjumpa pakar setelah setahun isteri masih belum hamil. Bagi mereka yang berkahwin lebih dari 35 tahun, setelah beberapa bulan berkahwin dan isteri masih belum hamil, anda dinasihatkan untuk berjumpa pakar segera.

FAKTOR KEMANDULAN DI KALANGAN SUAMI

Antara punca lelaki kurang subur: Kemungkinan semasa kanak-kanaknya dia pernah menjalani pembedahan sehingga meninggalkan kesan pada sistem kelaminnya. Atau mungkin juga kerana alah dengan penyakit lelah atau beguk. Lelaki yang suka mandi air panas juga mungkin mendapat masalah ini. Memakai seluar ketat. Berat badan yang berlebihan. Duduk setempat yang agak lama seperti memandu berjam-jam atau berhari-hari menyebabkan zakar terdedah kepada haba panas lalu menjejaskan kualiti air mani. Merokok melebihi 20 batang sehari. Kerap mengambil alkohol atau arak Selalu melakukan kerja-kerja berat.

RAWATAN YANG PERLU DIAMBIL

Pakar atau doktor akan memeriksa buah zakar untuk memastikan saiz, perbezaan dan sebarang perubahan serta memeriksa kedudukan zakar sama ada normal atau tidak. Kemudian pemeriksaan terhadap air mani pula akan dijalankan.

KAEDAH RAWATAN

Memberhentikan punca-punca di atas iaitu berhenti merokok, tidak mengambil alkohol atau arak, kurangkan kerja berat, kurangkan berat badan, jangan memakai seluar dalam atau seluar ketat dan elakkan dari mandi menggunakan air panas. Anda juga digalakkan mengambil antibiotik dan suntikan hormon. Air mani lelaki yang sedikit walau bagaimanapun masih mempunyai sperma, doktor akan mengambil contoh air maninya dan akan dirangsangkan ke dalam ovari isteri waktu suburnya. Menjalankan kaedah IVF. Doktor akan mengambil sperma suami yang kurang aktif dan disenyawakan dengan telur isteri di dalam makmal untuk membentuk embrio sebelum dimasukkan ke rahim isteri. Kaedah ICSI. Doktor akan mengambil benih isteri dan disenyawakan dengan sperma kemudian disuntik semula ke dalam rahim isteri.

 

Dr Suhazeli Abdullah

Pakar Perubatan Keluarga