DAKAP MENYUMBANG
2 MEI 2020, SABTU

“Kekadang rase org macam ni lah penghuni syurga nanti” ☺️ Usaha dan Sabar.

Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah. Hari ini dapat membuat serahan sumbangan untuk asnaf yang memerlukan.

Terasa senang dapat menolong asnaf ni. Insya Allah, ini adalah kali ke 2 menyumbang pada asnaf ini.

Pihak kami dapat makluman bahawa asnaf ini diuji dengan suami yang merupakan pesakit kronik dan tidak boleh berjalan selepas terlibat dalam kemalangan sebelum ini. Sebelum PKP, saudari ini ni menjual roti secara kecil-kecilan.

Semoga dengan bantuan ini dapat meringan beban saudari ini. Semoga semuanya sentiasa dalam keadaan sihat juga😊

Masih ramai lagi memerlukan bantuan. Jom teruskan sumbangan anda kepada kami. Insya Allah setiap sumbangan yang diberi akan dihulurkan kepada mereka yang memerlukan.

Tabung DAKAP

DAKAP MENYUMBANG LAUK RAMADHAN
JELI KELANTAN
27 APRIL 2020 @ 10PG

Kali ini giliran asnaf Jeli untuk merasai bantuan daripada Dakap Papisma. Agihan utk asnaf Daerah ini juga diwakili oleh Pn Norita PZM PKD Jeli.

Agihan lauk Ramadhan bermula di kg Rosing, kg jeli lama, kg jalan malaysia, kg teluk bayu dan kg pasir dusun. Syukur atas nikmat yang sama2 dirasai.

Terima kasih kpd para penyumbang.
Di bulan Ramadgan ini,ramai yg berzakat kan 😀 Jangan lupa salurkan wang Wa’ad hasil zakat masing2 ke akaun kami. Kami bantu anda menguruskannya