Vaksin Influenza: Perlindungan yang Perlu Anda Tahu
Ramai yang tertanya-tanya, dah ambil vaksin flu kenapa masih kena elak bergaul rapat dan jauhkan dari tempat yang sesak? Kenapa masih ramai lagi yang dijangkiti oleh Influenza?
Sebenarnya, vaksin influenza ni memang power, tapi ia bukan superhero, mukjizat atau ubat ajaib yang boleh lindung kita 100%.
Realiti Vaksin flu ni berkesan sekitar 40-60% je bergantung pada padanan virus dalam vaksin dengan virus yang beredar setiap musim. Ada tahun keberkesanan capai 56%, tapi ada juga tahun yang rendah macam 29% sahaja. Maksudnya, walaupun dah vaksin, kita masih ada peluang kena jangkit, cuma biasanya simptom lebih ringan dan risiko komplikasi serius boleh dikurangkan banyak.
Habis tu kalaulah tidak 100% tak payahlah ambil vaksin! kalau ambil nanti kesan sampingan yang terpaksa kita tanggung sendiri.
Ya, walaupun tak 100%, vaksin ni tetap bagi banyak manfaat! Pertama sekali, dia bantu tubuh kita membina imuniti terhadap virus influenza. Kalau terjangkit pun, badan kita dah ada "senjata" untuk lawan balik dengan lebih pantas. Yang best tu, vaksin ni kurangkan keparahan simptom dan percepat proses pemulihan.
Perlindungan Daripada Komplikasi Serius. Ni yang penting, vaksin kurangkan risiko komplikasi berbahaya macam pneumonia, radang jantung, dan sepsis yang boleh sebabkan kemasukan hospital atau lebih teruk lagi. Keberkesanan vaksin untuk perlindungan ni antara 70-90%.
Bandingkan Dengan Risiko Influenza Sebenar
Sekarang ni kita ketimbang antara kesan sampingan vaksin vs kena influenza betul-betul. Influenza bukan selsema biasa tau! Dia boleh sebab demam tinggi, batuk teruk, sakit badan, lemah sangat sampai tak boleh bangun dari katil berhari-hari. Yang lebih bahaya, influenza boleh bawa komplikasi serius macam pneumonia (jangkitan kuman ke paru-paru), radang jantung (myocarditis), sepsis, dan boleh masuk hospital akibat dehidrasi dll. Malah boleh sebabkan kematian terutama pada warga emas dan golongan berisiko tinggi.
Matematik Mudah - 40-60% Pun Bernilai!
Cuba kita kira logik sikit. Kalau vaksin berkesan 50%, maksudnya separuh daripada orang yang patut kena influenza terselamat! Ni bukan nombor kecil tau. Lebih-lebih lagi, walaupun yang 40-50% lagi tu terjangkit, simptom mereka jauh lebih ringan dan risiko komplikasi turun drastik 70-90%. Jadi sebenarnya, semua orang yang vaksin dapat benefit sama ada fully protected atau partial protected.
Golongan Berisiko Tinggi Wajib Vaksin
Untuk warga emas 60 tahun ke atas, kanak-kanak, ibu mengandung, pesakit kronik (diabetes, jantung, asma), dan pekerja kesihatan - vaksin ni SANGAT penting. Golongan ni kalau kena influenza, risiko komplikasi dan kematian tinggi gila. Kerajaan pun dah bagi vaksin percuma untuk warga emas sebab faham betapa pentingnya perlindungan ni. Kesan sampingan ringan 1-2 hari vs risiko masuk ICU, mana lagi bahaya?
Keselamatan Vaksin Terbukti
Vaksin influenza ni dah digunakan berjuta-juta orang seluruh dunia setiap tahun dan rekod keselamatan dia sangat baik. Kesan sampingan serius memang sangat jarang berlaku. WHO dan semua badan kesihatan dunia mencadangkan vaksin ni sebab manfaat dia jauh melebihi dari risiko kesan sampingan yang sedikit. Kalau betul-betul lebih teruk, mesti dah lama dokter dan kerajaan hentikan program imunisasi ini.
Perlindungan Komuniti
Yang penting, bila ramai vaksin, kita lindung orang lain juga terutama yang tak boleh vaksin atau sistem imun lemah. Ni konsep "herd immunity", kurangkan penyebaran virus dalam komuniti. Jadi walaupun 40-60% je untuk diri sendiri, impak keseluruhan jauh lebih besar bila ramai ambil.
Kenapa Pula Perlu Vaksin Setiap Tahun?
Virus influenza ni "pandai", dia sentiasa bermutasi dan berubah. Sebab tu WHO update strain vaksin setiap tahun ikut jangkaan varian yang akan dominan. Perlindungan vaksin pun bertahan 6-12 bulan sahaja, dan tubuh perlukan 2 minggu lepas vaksin untuk hasilkan antibodi mencukupi. Maknanya, vaksin tahunan ni perlu untuk kekalkan imuniti yang betul.
Langkah Pencegahan Tambahan Tetap Penting
Walaupun dah vaksin, kita tetap kena jaga kebersihan diri, kerap basuh tangan dengan sabun, amalkan etika batuk dengan tutup mulut guna tisu atau siku, dan pakai topeng muka terutama di kawasan sesak. Kalau sakit, kuarantin diri dan elak hubungan rapat untuk cegah penularan. Jangan lupa jaga gaya hidup sihat dengan tidur cukup, makan seimbang dan bersenam untuk boost sistem imun.
Jadi kesimpulannya, vaksin influenza ni memang berguna walaupun bukan bulletproof. Dia kurangkan risiko jangkitan, simptom, komplikasi serius dan penyebaran virus. Ingat, mencegah lebih baik daripada merawat. Jadi jangan lepaskan peluang vaksin terutama kalau anda dalam golongan berisiko tinggi!
__________
Unit MedSOS Papisma
15/10/2025
#HealthInfo
#VaccineWorks
... See MoreSee Less