spot_imgspot_img

Ujian Swab COVID-19 Tidak Batal Puasa Ramadan

[av_textblock size=” font_color=” color=” av-medium-font-size=” av-small-font-size=” av-mini-font-size=” av_uid=’av-k9gqv8qy’ id=” custom_class=” admin_preview_bg=”]
COVID-19 dan Puasa Ramadhan
.
Islam adalah satu agama yang praktikal, mudah dan bersesuaian dengan zaman. Apa sahaja isu yang timbul berkaitan dengan perkara baharu, Islam dapat memberikan solusinya. Asas-asas fiqh yang berkait dengan sesuatu isu itu telah pun ada, cuma kaedah pengolahan dan kesepakatan para ulama amat penting.
.
Wabak Covid-19 adalah penularan baharu, kita tidak pernah diheret dalam persoalan fiqh perubatan yang melibatkan wabak COVID-19 sebelum ini. Sehinggalah ternyata, banyak perkara baharu yang kita pelajari dari masa ke semasa. Walaupun isu wabak sebelum ini telah wujud seperti SARS, Mers-Cov dan Influenza dan lain-lain lagi, tetapi perbincangan berkaitan hukum-hakam tidaklah diketengahkan sangat.
.
Pada tahun ini, menjadi sejarah juga kepada kita. Dengan kemunculan Wabak COVID-19 dan tindakan kerajaan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan, menyebabkan timbul perbincangan serius isu fiqh berkaitan wabak oleh masyarakat. Satu persatu isu yang berkaitan dibahas oleh alim ulama dan dibentangkan kepada masyarakat untuk diambil kata pedoman.
.
Satu isu yang berlegar masa menjelang puasa Ramadhan adalah sah-batal puasa jika menjalani saringan COVID-19. Apakah status orang yang sedang berpuasa? Samada dibenarkan berbuka mengikut hukum atau tidak batal puasa jika diserang COVID-19? Adakah dibenarkan melakukan swab saringan kerongkong ketika berpuasa? Batal atau tidak? Begitu juga dengan petugas yang berada di barisan hadapan, adakah dibenarkan mengikut hukum untuk tidak berpuasa? Berada dalam baju gaun yang panas bagi petugas kesihatan atau di bawah terik matahari bagi pasukan keselamatan, menyebabkan kehilangan banyak air (dehidrasi) itu membolehkan mereka diberi keringanan untuk berbuka puasa?
.
Saya yakin persoalan itu akan dijawab oleh para alim ulama atau penggubal fatwa sebaik sahaja bermulanya Ramadhan tahun ini. Kita tunggu keputusan lanjut dari para ilmuan.
.
Cumanya sudi saya kemukakan secara ringkas berkaitan dengan kategori sakit COVID-19. Pengkategorian tahap ini penting bagi menentukan bentuk rawatan yang sesuai, samada perlu kuarantin atau dimasukkan ke wad rawatan rapi.
.
Terdapat 5 tahap klinikal bagi pesakit COVID-19. Merujuk kepada garis panduan pengurusan kes edisi ke-5, tahap-tahap berkenaan adalah seperti berikut:
.
Tahap 1: Pesakit yang tiada mempunyai gejala (Deman, batuk, selsema, sakit tekak, sesak nafas).
Tahap 2: Pesakit bergejala tetapi tiada serangan ke paru-paru (Pneumonia).
Tahap 3: Pesakit bergejala dan mengalami serangan ke paru-paru.
Tahap 4: Pesakit bergejala, telah mengalami serangan ke paru-paru sehingga terpaksa menggunakan bantuan oksigen.
Tahap 5: Kesemua tahap di atas dan telah merebak kesan jangkitan itu ke organ-organ lain dalam tubuh.
.
Jika melihat kepada keadaan tahap keseriusan ini, pesakit sudah mempunyai hak untuk mendapatkan rawatan segera termasuk membuat saringan bagi mengenalpasti kesahihan penyakit. Jika ujian saringan positif, keringanan boleh diberikan kepada mereka untuk tidak meneruskan puasa.
.
Ujian Swab Kerongkong
.
Bagi menentukan sesorang itu dijangkiti COVID-19 atau tidak, ujian perlu dilakukan. Terdapat 2 ujian yang boleh dilakukan;
.
1) Ujian Swab kerongkong; iaitu dengan memasukkan batang lidi bersalut kapas steril dihujungnnya ke dalam kerongkong. Samada melalui jalan masuknya melalui rongga hidung atau mulut, kedua-duanya bermatlamat mengambil cairan di dalam kerongkong itu untuk diuji dalam makmal dan menentukan wujudnya virus/bakteria berkenaan. Jika sesorang itu sudah dijangkiti virus/bakteria, ianya boleh dikesan dengan keadah tersebut.
.
2) Ujian serum darah; iaitu mengambil darah pesakit dan diuji samada dengan menggunakan kit ujian pantas (rapid test kit) atau proses makmal yang mengesan kewujudan antibodi atau tidak. Ujian ini kurang tepat kerana ianya bergantung kepada banyak faktor. Antaranya jangkamasa seseorang itu terdedah kepada virus dan reaksi sistem pertahanan badan yang menyebabkan wujudnya sel reaksi Imunoglobulin. Cukup dah faham setakat tu. Panjang pulak kalau nak terangkan secara terperinci.
.
Bagi ujian swab ini, ianya memang memasukkan sesuatu bahan dalam kerongkongan, tetapi tiada zat yang tertinggal di sana. Malah tiada apa pun bahan yang akan masuk ke perut atau paru-paru. Ianya cuma mengambil sedikit cairan yang terdapat dibelakang kerongkong itu untuk diuji.
.
Jika melihat kepada qias penggunaan inhaler semasa berpuasa, pandangan mazhab Syafie mengatakan batal ketika berpuasa. Manakala tiga mazahab muktabar lain menyatakan tidak batal. Walaupun masuk dalam kerongkong pesakit itu wap inhaler tetapi ianya jumlah yang sedikit. Ianya lebih kecil jumlahnya dari air yang digunakan semasa berkumur ketika wudhuk.
.
Apa pun tunggulah dahulu segala keputusan yang akan dikemukakan nanti oleh para ilmuwan dalam negara kita.
.
Sekian
.
Dr Suhazeli Abdullah
20.4.2020
Tengkawang


[/av_textblock]

Get in Touch

spot_imgspot_img

Artiekl Berkaitan

spot_img

Madia Sosial

16,949FansLike
0FollowersFollow
0SubscribersSubscribe

Artikel Terkini

%d bloggers like this: