𝗕𝗲𝗻𝗴𝗸𝗲𝗹 𝗣𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗲𝗽𝗮𝗱𝘂 𝗠𝗲𝗻𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻𝗶 𝗚𝗲𝗷𝗮𝗹𝗮 𝗦𝗼𝘀𝗶𝗮𝗹 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗸𝘀𝗶𝗮𝘁 𝗡𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 𝗞𝗲𝗹𝗮𝗻𝘁𝗮𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟲
📅 Tarikh: 16 Februari 2026 (Isnin)
PAPISMA Cawangan Kelantan telah menghadiri dan menyertai Bengkel Program Bersepadu Menangani Gejala Sosial dan Maksiat Negeri Kelantan 2026, sebuah program strategik yang menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan, institusi pendidikan, badan berkanun serta NGO bagi membincangkan pendekatan menyeluruh dalam menangani isu gejala sosial dan maksiat di negeri Kelantan.
Antara agensi terlibat dalam bengkel ini ialah PDRM, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), JAHEIK, Bahagian Kerajaan Tempatan (BKT) Kelantan, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Yayasan Islam Kelantan (YIK), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), UKeKWa Kelantan, Urusetia Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan, Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Persatuan Farmasi Kelantan serta Persatuan Mencegah Dadah (PEMADAM).
𝗕𝗲𝗻𝗴𝗸𝗲𝗹 𝗶𝗻𝗶 𝗱𝗶𝗯𝗮𝗵𝗮𝗴𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗲𝗻𝗮𝗺 𝗸𝗹𝘂𝘀𝘁𝗲𝗿 𝗽𝗲𝗿𝗯𝗶𝗻𝗰𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘂𝘁𝗮𝗺𝗮, 𝗶𝗮𝗶𝘁𝘂:
1️⃣ Pemahaman Islam sebagai Ad-Deen
2️⃣ Produk merokok, penyalahgunaan dadah dan bahan terlarang
3️⃣ Pencegahan jenayah, keselamatan komuniti & jenayah siber
4️⃣ Menangani gejala sosial di sekolah dan universiti
5️⃣ Gejala seks bebas dan LGBTQ
6️⃣ Penderaan dan keganasan
𝗪𝗮𝗸𝗶𝗹 𝗣𝗔𝗣𝗜𝗦𝗠𝗔 𝗖𝗮𝘄𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗹𝗮𝗻𝘁𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗲𝗿𝗹𝗶𝗯𝗮𝘁 𝘀𝗲𝗰𝗮𝗿𝗮 𝗹𝗮𝗻𝗴𝘀𝘂𝗻𝗴 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗯𝗲𝗻𝗴𝗸𝗲𝗹 𝗶𝗻𝗶 𝗶𝗮𝗹𝗮𝗵:
🔹 Dr Azirawati Ismail – Pakar Perubatan Kecemasan
🔹 Dr Mohamad Amirul Juraimy bin Azhar – Pegawai Perubatan
🔹 En Azreen bin Mustapha – Pegawai Farmasi
Penyertaan PAPISMA dalam bengkel ini mencerminkan komitmen berterusan persatuan dalam menyumbang kepakaran profesional kesihatan ke arah usaha pencegahan dan intervensi gejala sosial secara bersepadu, holistik dan berlandaskan nilai Islam.
Diharapkan hasil perbincangan ini dapat diterjemahkan kepada pelan tindakan yang lebih berkesan, praktikal dan mampan demi kesejahteraan masyarakat serta pembangunan generasi Kelantan yang sihat dari aspek fizikal, mental, sosial dan spiritual.
𝗣𝗔𝗣𝗜𝗦𝗠𝗔 𝗖𝗮𝘄𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗹𝗮𝗻𝘁𝗮𝗻
... See MoreSee Less