Selamat Hari Malaysia 2026!
Tanggal 16 September mengingatkan kita bahawa kekuatan Malaysia terbina daripada perpaduan, saling menghormati dan semangat berkhidmat kepada masyarakat tanpa mengira latar belakang.
Semoga negara kita terus dikurniakan keamanan, kesejahteraan dan rakyat yang saling membantu dalam membina masa depan yang lebih baik.
PAPISMA akan terus bersama masyarakat melalui khidmat kesihatan, kebajikan dan kemanusiaan demi Malaysia yang lebih sihat dan sejahtera.
Selamat Hari Malaysia!
Malaysia milik kita bersama.
Ikhlas daripada,
Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA)
... See MoreSee Less
4 hours ago
ZIARAH KASIH PAPISMA
Alhamdulillah, wakil PAPISMA berkesempatan menziarahi Dr Hazirah, salah seorang ahli sukarelawan PAPISMA yang aktif menyumbang tenaga dan khidmat kepada masyarakat dalam bidang perubatan.
Timbalan Presiden II PAPISMA, PM Dr Aspalilah Alias, mewakili seluruh ahli PAPISMA telah menyampaikan sedikit sumbangan sebagai tanda ingatan, sokongan dan keprihatinan kepada Dr Hazirah yang sedang dalam proses pemulihan selepas menjalani pembedahan.
Semoga Allah SWT mengurniakan kesembuhan yang sempurna, mempermudahkan segala urusan rawatan dan pemulihan, serta mengembalikan kesihatan dan kekuatan seperti sediakala.
Syafakillah Dr Hazirah. Semoga terus kuat dan dipermudahkan setiap urusan.
#PAPISMA
#ziarahkasihpapisma
#prihatinpapisma
#sukarelawanpapisma
#syafakillah
... See MoreSee Less
16 hours ago
MESYUARAT KERJASAMA STRATEGIK PROGRAM JAULAH DAKWAH, KEBAJIKAN & KESIHATAN CHIANG RAI 2026
Alhamdulillah, satu perbincangan kerjasama telah diadakan melibatkan PERKIM, Muslim Care Malaysia dan PAPISMA bagi menyelaras persiapan Program Jaulah Dakwah, Kebajikan dan Kesihatan ke Chiang Rai, Thailand yang dijadualkan berlangsung pada 20 hingga 26 Oktober 2026.
Perbincangan memberi fokus kepada penyelarasan gerak kerja, pengurusan sukarelawan, aktiviti dakwah dan kebajikan serta pelaksanaan perkhidmatan kesihatan kepada komuniti sasaran di Chiang Rai.
Melalui kerjasama tiga organisasi ini, program dirancang untuk memberi manfaat secara lebih tersusun kepada masyarakat setempat melalui khidmat kesihatan, pemeriksaan pergigian, program berkhatan, bantuan kebajikan serta aktiviti dakwah dan kemasyarakatan.
Insya-Allah, segala perancangan dan usaha ini diharapkan dapat dipermudahkan serta menjadi satu amal kebajikan yang memberi manfaat berpanjangan kepada masyarakat yang memerlukan.
Program Jaulah Dakwah, Kebajikan & Kesihatan Chiang Rai, Thailand 2026
20–26 Oktober 2026
Anjuran bersama:
PERKIM | Muslim Care Malaysia | PAPISMA
Bersama berkhidmat, menyantuni masyarakat dan membawa manfaat merentas sempadan.
... See MoreSee Less
2 days ago