ZIARAH KASIH PAPISMA
Alhamdulillah, wakil PAPISMA berkesempatan menziarahi Dr Hazirah, salah seorang ahli sukarelawan PAPISMA yang aktif menyumbang tenaga dan khidmat kepada masyarakat dalam bidang perubatan.
Timbalan Presiden II PAPISMA, PM Dr Aspalilah Alias, mewakili seluruh ahli PAPISMA telah menyampaikan sedikit sumbangan sebagai tanda ingatan, sokongan dan keprihatinan kepada Dr Hazirah yang sedang dalam proses pemulihan selepas menjalani pembedahan.
Semoga Allah SWT mengurniakan kesembuhan yang sempurna, mempermudahkan segala urusan rawatan dan pemulihan, serta mengembalikan kesihatan dan kekuatan seperti sediakala.
Syafakillah Dr Hazirah. Semoga terus kuat dan dipermudahkan setiap urusan.
#PAPISMA
#ziarahkasihpapisma
#prihatinpapisma
#sukarelawanpapisma
#syafakillah
... See MoreSee Less
4 hours ago
MESYUARAT KERJASAMA STRATEGIK PROGRAM JAULAH DAKWAH, KEBAJIKAN & KESIHATAN CHIANG RAI 2026
Alhamdulillah, satu perbincangan kerjasama telah diadakan melibatkan PERKIM, Muslim Care Malaysia dan PAPISMA bagi menyelaras persiapan Program Jaulah Dakwah, Kebajikan dan Kesihatan ke Chiang Rai, Thailand yang dijadualkan berlangsung pada 20 hingga 26 Oktober 2026.
Perbincangan memberi fokus kepada penyelarasan gerak kerja, pengurusan sukarelawan, aktiviti dakwah dan kebajikan serta pelaksanaan perkhidmatan kesihatan kepada komuniti sasaran di Chiang Rai.
Melalui kerjasama tiga organisasi ini, program dirancang untuk memberi manfaat secara lebih tersusun kepada masyarakat setempat melalui khidmat kesihatan, pemeriksaan pergigian, program berkhatan, bantuan kebajikan serta aktiviti dakwah dan kemasyarakatan.
Insya-Allah, segala perancangan dan usaha ini diharapkan dapat dipermudahkan serta menjadi satu amal kebajikan yang memberi manfaat berpanjangan kepada masyarakat yang memerlukan.
Program Jaulah Dakwah, Kebajikan & Kesihatan Chiang Rai, Thailand 2026
20–26 Oktober 2026
Anjuran bersama:
PERKIM | Muslim Care Malaysia | PAPISMA
Bersama berkhidmat, menyantuni masyarakat dan membawa manfaat merentas sempadan.
... See MoreSee Less
1 day ago
AYUH BERSAMA MENYUMBANG UNTUK KOMUNITI CHIANG RAI, THAILAND
Insya-Allah pada 20–26 Oktober 2026, akan berlangsung Jaulah Dakwah & Kebajikan ke Chiang Rai, Thailand, anjuran bersama Muslim Care Malaysia, PERKIM dan PAPISMA.
Program ini akan memberi khidmat kesihatan kepada komuniti yang memerlukan dengan sasaran kutipan sebanyak RM17,000 bagi menjayakan:
✅Pemeriksaan kesihatan
✅Pemeriksaan pergigian
✅️Program khatan untuk 30 peserta
✅️Khidmat kesihatan kepada sekitar 600 penduduk
Dana yang dikumpulkan akan digunakan bagi keperluan ubat-ubatan, peralatan perubatan dan pergigian, bahan guna habis serta keperluan program khatan.
Setiap sumbangan anda membantu kami menyampaikan rawatan dan khidmat kesihatan kepada komuniti yang memerlukan.
✅Sumbangan boleh dibuat melalui:
toyyibpay.com/PROGRAM-KESIHATAN-THAI-PAPISMA
Mohon bantu sebarkan poster ini kepada keluarga, sahabat dan kenalan supaya lebih ramai dapat bersama menyumbang.
Semoga setiap sumbangan menjadi amal jariah dan dikurniakan ganjaran yang berpanjangan.
Anjuran Bersama:
Muslim Care Malaysia | PERKIM | PAPISMA
... See MoreSee Less
3 days ago