Selamat Hari Malaysia 2026..
Marilah kita bersatu padu dan terus memelihara keharmonian serta kepelbagaian budaya yang menjadi kekuatan negara Malaysia yang tercinta.
Teruskan berusaha untuk masa depan yang penuh gemilang.
Semoga Hari Malaysia ini memberi lebih banyak kemakmuran dan kebahagiaan kepada kita semua.
16 September 2026.
#PAPISMACawanganJohor2026
#SelamatHariMalaysia
#MalaysiaMADANIKesejahteraanDinikmati
... See MoreSee Less
15 hours ago
Selamat Hari Malaysia 2026!
Tanggal 16 September mengingatkan kita bahawa kekuatan Malaysia terbina daripada perpaduan, saling menghormati dan semangat berkhidmat kepada masyarakat tanpa mengira latar belakang.
Semoga negara kita terus dikurniakan keamanan, kesejahteraan dan rakyat yang saling membantu dalam membina masa depan yang lebih baik.
PAPISMA akan terus bersama masyarakat melalui khidmat kesihatan, kebajikan dan kemanusiaan demi Malaysia yang lebih sihat dan sejahtera.
Selamat Hari Malaysia!
Malaysia milik kita bersama.
Ikhlas daripada,
Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA)
... See MoreSee Less
22 hours ago
ZIARAH KASIH PAPISMA
Alhamdulillah, wakil PAPISMA berkesempatan menziarahi Dr Hazirah, salah seorang ahli sukarelawan PAPISMA yang aktif menyumbang tenaga dan khidmat kepada masyarakat dalam bidang perubatan.
Timbalan Presiden II PAPISMA, PM Dr Aspalilah Alias, mewakili seluruh ahli PAPISMA telah menyampaikan sedikit sumbangan sebagai tanda ingatan, sokongan dan keprihatinan kepada Dr Hazirah yang sedang dalam proses pemulihan selepas menjalani pembedahan.
Semoga Allah SWT mengurniakan kesembuhan yang sempurna, mempermudahkan segala urusan rawatan dan pemulihan, serta mengembalikan kesihatan dan kekuatan seperti sediakala.
Syafakillah Dr Hazirah. Semoga terus kuat dan dipermudahkan setiap urusan.
#PAPISMA
#ziarahkasihpapisma
#prihatinpapisma
#sukarelawanpapisma
#syafakillah
... See MoreSee Less
1 day ago