Kota Kinabalu, 25 Januari 2025 – PAPISMA dengan bangga membawakan Program Khatan Nusantara Borneo Sabah 2025! 🌟✂️
Program tahunan ini kembali lagi, kali ini menyasarkan komuniti di 9 lokasi sekitar Sabah untuk memberikan perkhidmatan khatan percuma bagi anak-anak yang memerlukan. Program ini akan berlangsung dari 25 hingga 27 Januari 2025, merentasi lokasi seperti Karambunai (KK), Pantai Manis (KK), Sungai Obor (SDK), hingga ke Ratau Putih (SIK).
Khatan bukan sekadar satu amalan, ia adalah satu ibadah. simbol kasih sayang, kebersihan, dan tanggungjawab dalam komuniti. Program ini adalah salah satu usaha kami untuk menyemarakkan nilai kebajikan dan kesihatan di kalangan masyarakat yang memerlukan. Ia juga menjadi platform bagi para sukarelawan, termasuk petugas perubatan untuk menyumbangkan tenaga dan kepakaran mereka demi kesejahteraan ummah.
Program Khatan Nusantara ini tidak akan terlaksana tanpa sokongan penuh daripada rakan-rakan penaja dan kerjasama pelbagai pihak. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Affin Bank, Pusat Zakat Sabah, dan Majlis Ugama Islam Sabah atas sokongan padu mereka. Sokongan ini membolehkan kami menjangkau lebih ramai komuniti terpencil dan memberikan manfaat kepada mereka.
Kepada semua, marilah kita bersama-sama menyokong usaha ini. Anda juga boleh membantu dengan menyebarkan maklumat tentang program ini kepada yang memerlukan atau menyertai kami sebagai sukarelawan. Bagi anda yang berada di lokasi terpilih, jangan lepaskan peluang untuk menyertai program ini!
Ikuti perjalanan kami di media sosial PAPISMA untuk perkembangan terkini dan bermakna sepanjang program. Doakan semoga usaha ini terus diberkati dan berjaya. Mari kita bersama-sama menyemarakkan semangat kebajikan dan kasih sayang sesama insan!