spot_imgspot_img

Majalah PROSKEN Edisi 1


Apabila kita berbicara tentang kesihatan, kebanyakan orang akan segera terbayang kepada doktor perubatan. Namun, ramai yang mungkin tidak menyedari bahawa di sebalik keberkesanan sistem perkhidmatan kesihatan perkhidmatan kesihatan negara, terdapat satu kumpulan besar profesional yang menjadi tulang belakang sistem kesihatan iaitu ahli bidang Sains Kesihatan Bersekutu (SKB).
        Menyedari kepelbagaian dan potensi besar ahli dalam bidang ini, Persatuan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) telah menubuhkan Exco Profession Sains Kesihatan (ProSKen) pada 27 Disember 2023 bersamaan 14 Jamadil Akhir 1445H sebagai platform rasmi untuk menghimpunkan semua tenaga profesional SKB di dalam PAPISMА.
        PAPISMA merupakan badan bukan kerajaan yang bergerak bagi menjaga kemaslahatan kesihatan dan sudah lama dikenali dengan pelbagai inisiatif kesihatan masyarakat termasuk pemeriksaan kesihatan percuma, program kesedaran, dan misi kebajikan. Maka dengan kehadiran ProSKen, penglibatan PAPISMA kini menjadi lebih holistik. la bukan sahaja memberi peluang kepada doktor, tetapi juga kepada ahli-ahli profesional kesihatan lain untuk turut sama menyumbangkan kepakaran mereka secara lebih tersusun dan berstrategi.

Get in Touch

spot_imgspot_img

Artiekl Berkaitan

spot_img

Madia Sosial

16,945FansLike
0FollowersFollow
0SubscribersSubscribe

Artikel Terkini