KOTA BHARU, 4 Sept – Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) bakal menganjurkan International Nusantara Conference on Medical Issues from Islamic Perspectives (INuCMI 2025) pada 13 hingga 15 September 2025 bertempat di H-Elite Design Hotel, Kelantan.
Dengan tema “Synergizing Advanced Technology in Shariah-Compliant Modern Medicine”, persidangan ini menghimpunkan para pakar, penyelidik, dan pengamal perubatan bagi membincangkan isu-isu kesihatan dan teknologi moden dari sudut pandang Islam.
Antara sub-tema yang diketengahkan termasuklah pertimbangan etika dan agama dalam perubatan moden, kesihatan digital dan kecerdasan buatan (AI) untuk penjagaan kesihatan patuh syariah, inovasi teknologi perubatan Islamik, serta peranan minda, tubuh, dan iman dalam penjagaan kanser dan kesihatan mental.
Selain itu, lima bengkel pra-persidangan turut disediakan pada 13 September 2025, merangkumi kursus Basic Dental Implantology, Eduhealth & Social Tourism, teknologi integratif dalam pengurusan berat badan, serta POCUS in Primary Care.
Tarikh akhir penghantaran abstrak ditetapkan pada 15 Ogos 2025, manakala tarikh akhir pendaftaran adalah pada 31 Ogos 2025. Yuran penyertaan bagi kategori individu ialah RM500, manakala pendaftaran berkumpulan (3 orang) berharga RM1000.
Maklumat lanjut boleh diperoleh di laman sesawang rasmi nucmi2025.com atau melalui emel nucmipapisma25@gmail.com.
INuCMI 2025 turut menyediakan 16 mata CPD MMA bagi peserta yang hadir.
