spot_imgspot_img

PERUTUSAN PRESIDEN PAPISMA SEMPENA TAHUN BARU 2025

Memperkukuh Kekuatan Organisasi dan Mempertingkat Visibiliti

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah

Syukur kepada Allah yang terus memberikan hayat untuk sama-sama kita meneruskan kehidupan pada tahun yang baru.

Tahun Baru selalunya dikaitkan dengan azam yang baru, motivasi untuk melakukan perubahan yang positif terhadap diri dan orang di sekeliling kita.

Tahun baru kali ini istimewa kerana ia juga bersamaan dgn 1 Rejab 1446H. Kedatangan Rejab menunjukkan bahawa Ramadhan akan tiba tidak lama lagi, maka marilah melakukan persediaan bagi menghadapi Ramadhan.

Buat pengetahuan semua, PAPISMA sesi kali ini berazam untuk memperkemas asas-asas kekuatan kita melalui pemerkasaan pelapes, pemantapan organisasi, peningkatan kendiri ahli sehingga mencapai tahap ilmu dan kemahiran yang mampu memberi semaksima mungkin menafaat kepada umat serta mempertingkatkan visibiliti PAPISMA di mata umum.

Harapan saya agar seluruh ahli PAPISMA dapat memberi sokongan dan dokongan kepada program yang dilaksanakan nanti.

Marilah sama-sama kita bekerja sepenuh jiwa agar Islam dapat ditegakkan di atas bumi Malaysia ini dengan membawa keadilan kepada semua.

Selamat Tahun Baru 2025

Dr Awisul Islah Ghazali
Presiden PAPISMA

Get in Touch

spot_imgspot_img

Artiekl Berkaitan

spot_img

Madia Sosial

16,945FansLike
0FollowersFollow
0SubscribersSubscribe

Artikel Terkini