Aktiviti kebajikan penutup 2025. Khatan Nusantara di Putatan, Kota Kinabalu Sabah.
Kes terakhir tengahari tadi, 2 orang adik-beradik, 6 dan 7 tahun. Dibawa oleh seorang ibu yang menaiki grab semata-mata nak khatankan anak di Masjid Putatan. Nama kedua-dua anak itun cantik sekali, nama Iman Mekah Sudais dan si adiknya Uwais Al Qarni.
Si adik agak ketakutan dan menangis sejak awal beri bius. Nyaris-nyaris saya hentikan prosedur khatan sebab dia tak beri kerjasama. Tapi atas semangat sokongan dari ibu, abang dia yang baharu sahaja selesai berkhatan dan Dr Afifi, akhirnya berjaya dikhatan dalam masa 10 minit.
Program sebegini adalah rutin tahunan Papisma untuk membantu mereka yang agak terpinggir seperti anak-anak Sabah ini. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat.
Insyaallah ada masa, ketika dan ruangan masa, kita kembali lagi ke Sabah. Negeri bawah Bayu.
Dr Suhazeli
25/12/2025
... See MoreSee Less