"Normalisasi Songsang Ancaman kepada Moral dan Tamadun Negara"
Penahanan lebih 200 individu termasuk golongan profesional dalam satu serbuan pusat hiburan tertutup khusus lelaki baru-baru ini sangat mengejutkan. Lebih merisaukan, terdapat individu dari latar belakang dihormati seperti doktor dan pegawai kerajaan yang terlibat.
Perkara ini bukan sekadar isu undang-undang atau akhlak peribadi. Ia adalah simptom kepada keruntuhan nilai dalam masyarakat yang semakin menganggap perbuatan songsang sebagai sesuatu yang normal, bebas dari teguran atau batas moral.
Dalam Islam, perlakuan homoseksual adalah jelas dilarang. Sejarah Nabi Lut menjadi bukti bahawa tamadun yang membenarkan dan meraikan perbuatan ini akan berdepan kehancuran. Firman Allah SWT:
"Dan (Kami juga telah mengutus) Lut, ketika dia berkata kepada kaumnya: 'Mengapa kamu mengerjakan perbuatan keji yang belum pernah dikerjakan oleh seorang pun dari umat sebelum kamu?'" (Surah Al-A’raf: 80)
Namun, ini bukan semata-mata isu agama. Ini isu kesihatan awam, kestabilan sosial dan keselamatan nilai. Kajian dan statistik membuktikan bahawa aktiviti songsang menyumbang kepada penularan penyakit seksual, gangguan kesihatan mental, serta perpecahan struktur kekeluargaan.
Apabila golongan profesional yang sepatutnya menjadi contoh dalam masyarakat terlibat, ia memberi isyarat bahawa normalisasi ini telah meresap ke institusi penting. Jika tidak dibendung, ia bukan sahaja mencemarkan nama baik profesion, malah boleh merosakkan kepercayaan masyarakat terhadap sistem yang ada.
Kita tidak menyeru kepada penghinaan atau penganiayaan. Tetapi kita tidak boleh berdiam diri terhadap kemungkaran yang semakin berani dipamerkan. Negara mesti tegas. Pendidikan moral dan agama perlu diperkukuh. Undang-undang berkaitan perlu dikaji semula agar sesuai dengan realiti semasa, tetapi tetap berpegang pada asas perlembagaan yang menjunjung Islam sebagai agama Persekutuan.
Sebagai rakyat, sebagai ibu bapa, pendidik, dan pemimpin, kita wajib bersuara. Kesepakatan menolak perbuatan songsang bukan soal kebencian, tetapi soal cinta terhadap kebenaran, terhadap anak-anak kita, terhadap masa depan negara.
Cukup-cukuplah kita mendiamkan diri. Sudah tiba masanya kita bangkit mempertahankan akidah dan maruah.
DR AWISUL ISLAH GHAZALI
Presiden PAPISMA
29/11/2025
Ikuti Media Sosial Kami:
www.facebook.com/papisma #PAPISMA
... See MoreSee Less