Antara sumbangan Papisma dalam dunia perubatan Islam adalah dengan penghasilan buku-buku ilmiyyah yang menjadi rujukan kepada ummat Islam di Malaysia. Pada tahun 2010, Buku Feqah Perubatan telah dihasilkan. Buku yang diterbitkan oleh PTS itu adalah merupakan hasil tulisan gabungan profesional dalam bidang perubatan dan pakar dalam pengajian agama.

Selain itu, Buku cerpen berjodol Seharum Kasturi telah diterbitkan pada tahun 2012 ia adalah kumpulan cerita daripada pengalaman-pengalaman sebenar ahli Papisma yang hidup dalam dunia perubatan. Kisah suka & duka, pahit & manis diceritakan dalam buku tersebut.

Majalah Pergigian Islamik Dental PAPISMA Al Asnan merupakan Majalah Pergigian Islamik Pertama di Malaysia yang menggabungkan ilmu pergigian dan ilmu Islam Al Asnan dibangunkan bagi memenuhi kelompongan ilmu dalam kalangan pengamal pergigian dan masyarakat bagi membincangkan tentang masalah tentang pergigian dan sudut pandangan Islam Al Asnan berasal dari perkataan bahasa Arab bermaksud gigi Banyak hadith Nabi Muhammad SAW yang menyebut tentang kepentingan menjaga gigi dalam kehidupan Al Asnan akan menjadi salah satu platform atau medium bagi membincangkan isu semasa berkaitan dengan masalah pergigian seperti rawatan pergigian dan isu yang berkaitan kesihatan gigi tersebut.

Dapatkan naskah e-book percuma

Follow us on Facebook

Click to load facebook widget
Join our Facebook community
Keluaran terbaharu dari Papisma.