🌊 *SUMBANGAN: DERITA ACEH TAMIANG, SEBULAN DALAM DAIF, JIWA MEREKA KIAN PARAH* 🌊
*Bantuan Kemanusiaan Acheh Team PAPISMA 13-17 FEB 2026*
Lebih sebulan berlalu, namun sisa lumpur Banjir Bandang di Aceh Tamiang masih belum kering, begitu juga air mata mangsanya.
Bayangkan perasaan mereka. Lebih 30 hari berteduh di posko-posko (pusat pemindahan) yang serba daif. Tidur beralaskan lantai sejuk, makan sekadarnya, dan memandang rumah yang kini hanya tinggal kenangan atau timbunan selut.
Bukan sahaja fizikal mereka yang keletihan, tetapi mental mereka kini di hujung tanduk. Trauma kehilangan harta benda dan ketidakpastian masa depan mula meragut ketabahan jiwa. Mereka perlu bangkit, namun mereka tidak mampu melakukannya sendirian.
*Pasukan perubatan dan pakar psikologikal PAPISMA akan bergerak ke lokasi pada 13 - 17 FEB 2026* bagi menghulurkan rawatan kecemasan serta sokongan moral buat saudara kita di sana.
Kami memohon ihsan dan jasa baik tuan/puan. Bantulah mereka sedaya mampu. Sedikit bagi kita, mungkin bermakna segalanya bagi mereka yang sedang bergelut untuk terus bertahan.
Hulurkan Sumbangan Anda Melalui link TP dibawah
💰 toyyibpay.com/SUMBANGAN-ACHEH
Pertanyaan Lanjut:
📞 Nik Hazma: wasap.my/60197629011/Acheh
📞 Rosediani: wasap.my/+601140376838/Acheh
"Perumpamaan orang-orang beriman dalam hal saling mencintai, mengasihi, dan menyayangi bagaikan satu tubuh. Apabila ada salah satu anggota tubuh yang sakit, maka seluruh tubuhnya akan ikut merasakan sakit."
*Mohon sebarkan mesej ini. Semoga Allah membalas kebaikan anda dengan ganjaran yang berlipat kali ganda*.
Amin.
@all
... See MoreSee Less
