20 Disember2020: Papisma mengelak daripada mengadakan khatan beramai-ramai seperti tahun-tahun sebelum ini. Ianya kerana kebimbangan tidak dapat mematuhi SOP Covid19 yang ketat.
Sebagai ganti, Papisma membantu menjayakan program khatan anak-anak asnaf yang ditaja sepenuhnya oleh Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia (YADIM) di klinik-klinik terpilih di beberapa negeri.
Semoga Allah memberkati usaha YADIM & Papisma negeri-negeri terbabit.
Semoga anak-anak lelaki yang disunatkan ini membesar menjadi anak soleh & dapat membimbing para wanita menjadi muslimat solehah.