PENDERMAAN ORGAN

Anugerah Kehidupan yang tak ternilai


Isu mengenai kematian serta pendermaan organ adalah sesuatu yang sukar untuk diperkatakan. Apatah lagi untuk mereka yang kehilangan orang yang tersayang. la rumit bagi kakitangan berusaha untuk menyelamatkan nyawa sesaorang pesakit. Keputusan untuk mengizinkan pendermaan organ & tisu seseorang yang disayangi apabila beliau meninggal dunia bukan sesuatu yang mudah . la membangkitkan beberapa kemyukilan bagi keluarga simati. Untuk meringankan beban mental keluarga kita semasa kematian, haruslah kita membuat pengakuan persetujuan untuk menderma organ & fisu semasa hayat kita.

Dengan mendafarkan diri kepada Daftar Penderma Organ Nosional, anda akan membenarkan organ dan tisu anda digunakan bagi tujuan transplant selepas anda meninggal dunia. Ini akan mengubahkan kehidupan beberapa orang yang mengalami kegagalan organ supaya menjadi lebih selesa dan sempurna serta dapat menyelamatkan nyawa mereka dari maut.

Kita sedar bahawa isu pendermaan organ dan tisu adalah suatu isu yang menimbulkan banyak persoalon. Oleh itu, berikut adalah penjelasan kepada beberapa persoalan yang sentiasa ditimbulkan.

Siapakah yang layak menjadi penderma?
Sesiapapun, sama ada tua ataupun muda boleh mendaftar sebagai penderma organ dan tisu. Walaubagaimanapun mereka yang berusia kurang daripada 18 tahun perlu mendapatkan kebenaran ibubapa atau penjaga-terlebih dahulu.

Apakah itu pendermaan organ?
la adalah proses mendermakan bahagian tubuh badan seseorang untuk tujuan transplan selepas ianya meninggal dunia.

Transplantasi (Permindahan Organ) adalah suatu pembedahan yang melibatkan pertukaran organ atau tisu yang mengalami kegagalan fungsinya dengan organ atau tisu yang berfungsi dengan lebih memuaskan daripada seseorang penderma yang telah meninggal dunia. Dengan cara ini, maka kehidupan penerima organ atau tisu itu akan menjadi lebih selesa dan sempurna serta nyawanya akan terselamat. Pendermaan organ dan tisu adalah satu amalan kemanusiaan yang mulia.

Apakah organ & tisu yang boleb didermakan?
Pada umumnya organ-organ yang boleh didermakan adalah buah pinggang, jantung, hati ( hepar), paru-paru dan pankreas. Tisu-tisu yang boleb didermakan adalah mata, tulang, kulit dan inap jantung. lni bermakna, seseorang penderma akan dapat mengubah kehidupan serta menyelamatkan beberapa orang pesakit.

Bilakah organ dan tisu sipenderma itu diperolehi?
Proses perolehan organ dan tisu daripada tubuh seseorang penderma itu hanya akan dilakukan apabila kematiannya telah disahkan oleh dua orang doktor yang bertauliah. Doktor-doktor yang terlibat dengan pengesahan kematian seseorang penderma itu adalah bebas dan tiada kaitan dengan pemindahan organ & tisu.

Adakah perbezaan rawatan jika diketahui anda adalah seseorang penderma?
Tidak! Doktor-doktor yang merawat anda akan berusaha sedaya mungkin dengan mengambil semua tindakan serta langkah yang diperlu untuk menyelamatkan nyawa anda. Persoalan mengenai pendermaan organ & tisu akan dibincangkan dengan waris anda hanya selepas kematian telab disahkan.

Adakah terdapat bantahan dari sudut agama?
Tiada! Kebanyakan agama di seluruh dunia seperti Islam, Kristian, Buddha, Hindu dan Sikh mengiktirafkan pendermaan organ dan tisu sebagai satu amalan yang mulia.

Bagaimana organ pendermaan itu di pindahkan.
Proses pemindahan organ dan tisu membabitkan suatu pembedahan yang bersih dan sucihama. Pembedahan ini dijalankan di dewan bedah hospital oleh pakar bedah yang berpengalaman. Perolehan organ serta fisu seseorang penderma ini tidak akan menjejaskan rupa don bentuk tubuh badannya. Selepas organ & tisu diperolehi luka pembedahan itu akan dijahitkan dengan sempurna dan jenazah sipenderma ini tidak akan mengalami apa-apa kecacatan fizikal. Segala proses pembedahan pemindahan ini dijalankan dengan rasa penuh hormat dan tertib sepertimana pembedahan-pembedaban biasa.

Bagaimana jika anda berubah fikiran menderma?
Pendermaan organ adalah suatu niat yang tulus ikhlas dan anda berhak untuk membatalkan hasrat ini pada bila-bila masa. Tiada sesiapapun yang dipaksa untuk menderma organ & tisunya selepas kematian. Sekiranya anda menukar fikiran untuk tidak menderma organ dan tisu, anda hanya perlu memberitahu keluarga anda mengenainya don memulangkan kad penderma organ anda kepada kami.

Adakah proses pendermaan organ akan melambatkan urusan pengkebumian jenazah?
Tidak! Urusan pengkebumian boleh diialankan seperti biasa. Selepas organ-organ & tisu diperolehi dari tubuh penderma maka jenazahnya akan dibersihkan, dikafankan dan dipulangkan kepada waris penderma secepat mungkin. Proses perolehan organ & tisu fidak akan menjejaskan adat pengkebumian seperti upacara penghormatan kepada jenazah.

Bagaimanakah anda berhajat untuk menjadi seorang penderma organ.
Anda perlu mengisi borang akuan penderma dan kad penderma. Borang yang telah dilengkapkan perlu dihantar kepada Pusat Sumber Transplan Nasional sementara kad penderma anda hendaklah disimpan dalam dompet dan dibawa bersama anda pada setiap masa.

ANDA DINASIHATKAN UNTUK MEMAKLUMKAN HASRAT ANDA UNTUK MENJADI SEORANG PENDERMA ORGAN & TISU KEPADA KELUARGA ANDA.

Ini akan memudahkan serta melicinkan proses mendapatkan keizinan perolehan organ & tisu selepas kematian anda kelak.

18 thoughts on “PENDERMAAN ORGAN

  1. azlina ramlee
    Saya adlh salah seorang penderma organ utk organ dan tisu.. sy telah mendaftar pada bulan 3 lepas.. alhamdulillah.. sebelum sy mendaftar sbg penderma organ.. sy ambil masa selama 2 tahun sejak sy bekerja di jb lg untuk mngkaji ttg pendermaan organ ini. dr sudut agama, pahala dan sebagai nya.. terrnyata menjadi seorg pnderma organ adlh niat yg suci di mana tidak semua org terfikir utk melakukan nya jika bkn dgn kerelaan hati.. yg pnting, niat ikhlas utk membantu mereka yg memerlukan. mmg benar, ada sesetengah pihak beranggapan menderma organ ini tidak baik krn Tuhan telah menjadikan kita sempurna segala nya dan apabila mati kelak, kita kembali kepadaNYA dlm keadaan yg tidak sempurna. itu adlh tanggapan yg salah.. sebagai umat islam, kita patut pcaya bhw tiap anugerah yg diciptakan adlah pinjaman semata dan tidak salah kiranya kita mendermakan pd mereka yg memerlukan. skurang2 nya kita memberi mereka nafas dan nyawa baru.. kita telah mati dan jika di dlm kubur bdn kita serta anggota lainnya semua akan di telan tanah juga. jd apa salahnya jika kita mendermakannya kpd mereka yg memerlukan.. Allah mengetahui niat baik hambanya malah kita akan diberi ganjaran dpdNYA.. jika anda berminat utk menjadi penderma, ikhlaskan hati anda. segera daftarkan diri dan jika perlu, kaji lah dahulu jika anda masih was-was.. jika ada ahli keluarga yg menghalang juga, anda terangkan dgn baik dan tanya pd mereka, JIKA SATU HARI NANTI ADA AHLI KELURGA KITA YG MEMERLUKAN PENDERMA ORGAN, TTP TIDAK ADA YG MAHU MENDERMA, APA PERASAAN KITA KETIKA ITU? Jd fikirkanlah semua ini.. tidak salah jika kita mempunyai nilai kasih syg utk menyelamatkan org lain… malah akn sntiasa di ingati…

  2. Apa yang telah saya baca, saya amat berminat untuk mengkaji tentang pendermaan organ tersebut.Bolehkan kita berkongsi idea untukperkara ini.Apakah cadangan supaya umat Islam dapat merealisasikannya apatah lagi bagi mereka yang telah memahami hukum hakam Islam (Ahli-ahli Agama) sanggupkah mereka menderma ? Semoga mendapat respond.

  3. pada pdpt sya…
    menderma organ merupakan satu perbuatan yang amat mulia serta dirahmati Allah…
    malahan dalam mana-mana agama ada mengalakkan umatnya untuk bersedekah…terutamanya dalam agama Islam. bersedekah pada setiap insan yang ada di dunia ini bukan hanya sekadar bersedekah duit ringgit malahan kita juga boleh mensedekah apa jua.
    pendermaan organ juga merupakan salah satu sedekah yang boleh kita berikan kepada seseorang yamg memerlukan…janji setiap perkara yang kita buat itu tulus dan ikhlas…

    ramai yang menganggap bahawa pendermaan organ akan membawa impak kepada penderma organ tersebut namun pandagan itu tidak boleh dianggap salah dan tidak juga boleh dianggap benar kerana ada juga sesetengah penderma organ yang mengalami masalah setelah melakuka pembedahan…walau bagaimanapun, sekiranya keputusan mereka untuk menderma itu ikhlas dan tulus serta tidak membebankan kedua-dua pihak maka tidak akan berlakunya perkara yang tidak diingini…

    sekiranya kita tidak melakukan sesuatu perkara itu untuk diri kita sendiri tetapi kita boleh melakukannya demi tuhan…kita juga tahu bahawa apa yang kita ada di dunia ini adalh miliknya…maka tidak perlulah bagi ita untuk merasa kekok untuk berkongsi bersama dengan sesiapa sahaja…

    kita juga mengetahui bahawa tidak ramai umat mausia di dunia ini sanggup melakukan pengorbanan untuk kepentingan orang lain…bagikita cukup apa yang ada hanya untuk diri kita dan keluarga kita sahaja…

    pendermaan organ ini bukan lah satu perkara yang mungkin akan memudaratkan kesihatan kita…kiranya dibuat dengan ikhlas…insyaallah ianya akan direstui oleh semua pihak…

    apa yang penting ialah kita perlu sentiasa mendekatkan diri dengan Allah s.a.w mudah-mudahan dia memberkati setiap tindakan mulia yang kita lakukan di muka bumi ini…justeru itu,kita tidak perlu berasa takut untuk mendermakan orgaan kita kepada pihak yang memerlukan….

  4. saya berniat utk menderma organ dan tisu badan saya bila saya meninggal dunia nanti..macam mana nk dftar sbg penderma organ..?

  5. sy baru saja mendaftar sebagai penderma minggu lepas..alhamdullilah..semingu sebelum sy mendaftar..terlintas difikiran sy, selepas kite meningal dunia organ & tisu kite x lg digunakn..drpd menjd makanan dlm tanah & reput, ape slh nye sy derma kpd yg memerlukn..tanpa berfikir panjang sy terus mendaftar tanpa memaklum kn pd keluarga..selepas memaklum kn pd keluarga ternyata mereka tidak membantah niat sy utk menderma organ & tisu..sy tidak mampu utk menderma wang tunai jd sy ingin menderma organ & tisu sy.. niat sy hanya utk beramal utk mendpt keredhaan dr ALLAH… insyaallah..

  6. saya sangat setuju dengan azlina.keikhlasan dari dasar hati amat membantu dalam perlaksanaan proses transplan.saya pun beranggapan yang sama.semua ini lahir dari nilai kasih syg sesama manusia tak kira lah dimana kita berada..

  7. sy seorang pesakit buah pinggan..yg berasal dari Kuala Lumpur…sy disahkan suspek buah pinggan sejak umur 5 tahun lagi…sampai skrg umo sy sudah 18 tahun..ini bermakna 12 tahun sy menghidap penyakit ini…dan sy terkejut pada akhir tahun2009..keesokan harinya tahun baru 2010..saya disah kan kegagalan buah pinggan…sy amat terkejut .dan trauma…sy ingatkan sy akan pulih..sbb sy lebeih lame menghidap penyakit ini berbanding abg sy cuma 8 tahun..abg sy sudah meninggal dunia…sy hanya ad 2 org abg saja lagi…sy tidak ad kakak..mereka semua tidak bekerja makan gaji tetap kerana mereka lebih suka mencari nafkah hidup dgn berniaga..sy tidak tahu mcmna untuk sy menyara hidup saya pd masa hadapan…jika ibubapa sy pergi dahulu….sy terpaksa menjalani rawatan hemodialisis(penyucian darah) 3 kali seminggu…sepanjang hayat ….dgn kos mencecah Rm200……[Harapan saya...kepada mereka yang bersimpati terhadap saya dan yg lain..dermalah organ untuk memberi peluang sy menarik nafas baru...dan kehidupan yang baru sy bahawasanya sy masih muda untuk menerima kenyataan ini...jika anda mempunyai niat menderma organ kepada sy...bincangkanlah dgn doktor]..no i.c [920920-10-5043]{0199747567] sy juga tidak sanggup untuk mengambil organ org lain…kerana Allah memberi kite setiap organ dgn ckp untuk hidup..tetapi buah pinggan ad 2…daripada sy tidak ad langsung fungsinya

  8. syukur alhamdulilah kini sudah sebulan saya menjadi penderma organ… saya memang dah lama berniat untuk mendermakan organ saya apabila saya meninggal kelak… saya harap organ-organ yang saya dermakan itu dapat memberi kebaikan kepada penerima… =)

  9. Salam, sy amat berminat untuk proses pendermaan organ ini.Sy baru berumur 27 tahun dan sy telah menghadapi kemalangan sehingga dipotong kaki kiri dibawah paras lutut.Itu takpe la , itu takdir dari Allah S.W.T. sy ok.Sy memang berminat untuk mendaftar pendermaan ini jika sy meninggal nanti. Untuk itu mcm mana untuk sy mendaftar? dimana borang itu perlu diambil? perkara ini telah pun dimaklumkan kepada org tua saya.Tiada sebarang masalah untuk ini.Adakah pemeriksaan perubatan perlu dibuat untuk proses ini? Diharap pihak yg bertanggungjawab dapat memberi nasihat dan panduan.Terima Kasih.Salam

  10. salam 1 mlaysia…sy ingin mmbuat aml dan mnmbah phala sy…sy ingin skli mncri org2 yg lbih mmerlukan organ…sy ingin mnderma organ sya kpada yg mmrlukan….harap anda sume dpat support sy…

  11. Assalamualaikum…
    Saya memang berminat untuk menderma organ ni.
    Tetapi, pihak keluarga menghalang dengan alasan yang saya masih belajar.
    Saya ingin bertanya, jika penderma itu masih hidup dan ada pesakit yang memerlukan buah pinggang, kita akan dihubungi la kan? Itulah yang menjadi antara kebimbangan keluarga saya….

  12. sy nak menderma organ..dimana sy blh dptkan informasi lebih lanjut ttg pendermaan organ selain dari website?

  13. saya baru jek daftar sebagai penderma organ…alhamdullilah hasrat saya tercapai…moga2 dengan hasrat saya ini dapat menyelamatkan pada sesiapa yg perlukan organ….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>