Tip dan Panduan Kebersihan Diri

Tip dan Panduan Kebersihan Diri

PAPISMA TIP SIHAT 001-
Amalan membasuh tangan sebelum memulakan setiap tugasan terutama yang melibatkan sentuhan mampu mencegah penularan penyakit berjangkit. Basuh tangan dengan sabun setiap kali sebelum menyediakan makanan dan selepas ke tandas. Tangan merupakan tempat yang sering mengumpul kotoran dan habuk, termasuk kuman (bakteria dan virus), yis dan kulat.
Ayuh! mulakan dari sekarang.

PAPISMA TIP SIHAT 002-
Jadikan sebagai kebiasaan/ rutin untuk membasuh tangan dengan sabun (atau sanitizer) terutama selepas bermain-main dengan binatang peliharaan. Bermain dengan binatang peliharaan seperti kucing, arnab, hamster dan sebagainya, merupakan suatu keseronokan, tetapi pastikan kita membasuh tangan selepas memegang haiwan peliharaan tersebut.
Terutamanya sebelum sampai waktu makan kerana haiwan peliharaan juga menyebarkan kuman-kuman tertentu dan kadangkala merbahaya.
Abu Qatadah berkata bahawa Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda, “Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang peliharaan),” (Hadith Riwayat At-Tirmidzi, An-Nasa’i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah)

PAPISMA TIP SIHAT 003-
Bersin merupakan merupakan suatu proses separa autonomik terhasil akibat iritasi partikel yang kecil terhadap permukaan mukosa didalam rongga hidung/ mulut. Akhirnya, ia akan mengakibatkan tujahan udara yang kuat dari dalam rongga mulut dan rongga hidung ke arah luar rongga tersebut.
Bersin juga berpunca daripada pendedahan secara tiba-tiba terhadap sinaran cahaya yang terang, perubahan suhu secara tiba-tiba, keadaan udara yang sejuk serta akibat jangkitan kuman (virus).
Bersin yang diakibatkan oleh jangkitan kuman (virus) boleh menyebabkan penularan penyakit. Untuk itu praktikkanlah adab-adab bersin yang baik.

PAPISMA TIP SIHAT 004-
Bersin yang diakibatkan oleh jangkitan kuman (virus) boleh menyebabkan penularan penyakit. Apabila bersin kita hendaklah memalingkan muka kearah lain dan menutup mulut serta hidung untuk mengelakkan orang lain daripada terkena jangkitan kuman (virus).
Daripada Abu Hurairah radiallahu anhu, “Apabila Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersin, beliau meletakkan tangannya atau kain bajunya ke mulutnya untuk menutupnya sambil memperlahankan bunyi bersin itu.” (Hadith Riwayat Abu Daud)

PAPISMA TIP SIHAT 005-
Flu atau selsema diakibatkan oleh jangkitan kuman (virus). Ia sangat mudah berjangkit dan selesema yang diakibatkan oleh virus ini kadangkala mengakibatkan masalah kesihatan yang serius.
Untuk itu, sangat penting agar kita sentiasa menjaga kebersihan dan mengelakkan orang sekeliling kita mendapat jangkitan yang sama apabila kita terdedah atau dijangkiti selsema (flu).

PAPISMA TIP SIHAT 006-
Flu atau selsema amat mudah berjangkit terutama melalui sentuhan atau pengudaraan. Antara tip-tip yang kita boleh praktikkan untuk mengelakkan penularan jangkitan flu (selsema) ini adalah;
– Gunakan tisu untuk menutup mulut sekiranya kita bersin atau batuk.
– Buang tisu tersebut didalam bakul sampah dan jangka disepahkan merata-rata.
– Pastikan kita mencuci tangan selepas bersin/ batuk menggunakan sabun dan basuh selama 20 saat. Digalakkan juga untuk kita menggunakan sanitizer (pencuci antiseptik/ nyah-kuman).