Archive for the ‘Kesihatan Umum’ Category

Rawatan Awal Pemulihan Kardiopulmonary (CPR) - Anda semua mampu lakukannya!!!

Friday, December 7th, 2012

(Sumber: Weblog PAPISMA Terengganu)

Pernahkah anda berhadapan dengan situasi cemas, di mana kedapatan seseorang yang berhampiran dengan anda secara tiba-tiba jatuh dan pengsan. Mungkin ada yang pernah, dan mungkin ada yang tidak. Walaubagaimanapun, ianya tidak mustahil akan berlaku kepada anda, dan orang yang ber’masalah’ itu mungkin anda tidak kenali, atau mungkin juga di kalangan kaum kerabat dan sahabat handai yang dekat kepada anda.

Apakah kemungkinan yang berlaku - Serangan Jantung beserta rentak jantung yang abnormal (Heart Attack with Arrhythmia) atau Serangan Angin Ahmar (Stroke) ?. Kedua-duanya adalah suatu kemungkinan, dan boleh membawa kepada maut. Namun ada keadaannya, anda boleh melakukan sesuatu untuk ‘merubah’ keadaan.
(more…)

Berhenti merokok – untuk kesihatan kita bersama!

Friday, December 7th, 2012
Inilah fakta!
Rokok merupakan penyebab utama penyakit dan kematian pada usia muda di negara-negara maju. Hampir separuh dari perokok meninggal akibat penyakit berkaitan rokok. Jika anda perokok tegar, pada puratanya, jangkahayat anda adalah kurang 10 tahun daripada orang yang tidak merokok.

Kebanyakan kematian yang diakibatkan oleh rokok bukan kematian mengejut dan tiba-tiba. Sebaliknya penyakit seperti COPD menyebabkan anda hidup bertahun-tahun dengan kelelahan dan masalah pernafasan sebelum anda menghembuskan nafas terakhir. Terseksa bukan?

(more…)

Penjagaan mata sepanjang hayat

Friday, December 7th, 2012

(Sumber: Weblog PAPISMA Terengganu)

Mata adalah  satu dari lima pancaindera anugerah dari Allah yang  amat  penting. Organ yang  kecil ini telah mula terbentuk di alam rahim di peringkat awal pembentukan janin  iaitu pada minggu keempat kandungan. Pada masa itu biasanya ibu  belum lagi menyedari kehamilannya. Ia  berfungsi seperti kamera  yang sangat sempurna dan   menakjubkan yang membuktikan kebesaran dan  kebijaksanan Allah s.w.t. Dengan organ tersebut   dapatlah kita  mengetahui  perkara yang berlaku  di sekeliling   bagi  membantu  kita menjalankan dua  amanah yang besar  iaitu sebagai hamba yang perlu membuat amal ibadat dan  sebagai khalifah bagi membangun serta memakmurkan alam ini.

Struktur mata

(more…)

Panduan Ketika Banjir

Saturday, November 27th, 2010

untitled

Berikut adalah adalah panduan yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa;

Persediaan menghadapi banjir

* Dapatkan maklumat tentang banjir di tempat anda seperti sistem amaran banjir dan lokasi pusat pemindahan
* Periksa dan bersihkan semua lubang air semada longkang atau saluran perparitan
* Pastikan seluruh ahli keluarga mengetahui cara-cara bertindak semasa kecemasan

(more…)

Influenza Pandemik H1N1 - Apa yang patut anda tahu?

Monday, September 14th, 2009

dr-zakuan

Dr Zakuan Zainy Deris Pakar Mikrobiologi Klinikal, Jabatan Mikrobiologi dan Parasitologi Pusat Pengajian Sains Perubatan Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan

Apakah tanda-tanda mengidap pandemik influenza H1N1?

Tanda-tanda mengidap jangkitan H1N1 kebiasaannya adalah demam, batuk, berhingus dan sakit kerongkong. Terdapat juga tanda-tanda yang tidak khusus seperti  sakit kepala, sakit badan, cirit birit, muntah dan lain-lain. Kebanyakan orang yang mendapat  hanya mendapat gejala ringan. Anggaran sekitar 10% mendapat gejala yang teruk seperti pneumonia (jangkitan paru-paru), encephalitis (jangkitan otak), carditis (jangkitan jantung), jangkitan telinga tengah, kurang cecair badan serta menyebabkan penyakit yang telah dihidapi bertambah teruk contohnya asthma.Add Media

Jangkitan pandemic influenza A H1N1 tidak dapat dibezakan H1N1 dengan selsema lain tanpa ujian makmal. Tanda klinikal pengidap H1N1 adalah sama dengan selema lain. Walaubagaimanapun pihak Kementerian Kesihatan menganggarkan sebanyak 95% selsema adalah disebabkan sekarang influenaza A H1N1. Keadaan yang sama diperhati seluruh dunia. Dapat ertikata lain, semua kes selsema sekarang perlu dianggap sebagai influenza A H1N1. Sehubung dengan itu juga, ujian makmal untuk memastikan H1N1 secara umumnya tidak diperlukan untuk pengurusan pesakit.

(more…)

Berpeluh Berlebihan (Hyperhidrosis) dan Rawatannya

Thursday, March 12th, 2009

Dr Mohd Mazri Yahya
Pakar Perunding Bedah Am,Vaskular & Endovaskular, Hospital Pakar Regency, Masai, Johor

Hiperhidrosis tangan

Hiperhidrosis tangan

Penyakit berpeluh yang berlebihan dikenali sebagai Hyperhidrosis.  Ia berlaku pada hampir 1% daripada populasi terutamanya wanita. Perpeluhan yang tidak normal ini biasanya mengganggu kehidupan pesakit dan ia boleh berlaku di tangan, ketiak, kaki atau muka. Ada pesakit yang tidak ke masjid atau berdebar ketika hari raya menjelang tiba kerana tangan yang basah ketika bersalaman. Ada  pesakit yang mengadu berpeluh menitik-nitik tanpa sebab dan kaki yang berendam di dalam kasut disebabkan perpeluhan pada kaki. Ini menyebabkan mereka berasa sulit untuk menjalani kehidupan.
Penyebab penyakit hyperhydrosis ini masih belum diketahui. Walaupun begitu, ia dipercayai disebabkan oleh rangsangan saraf simpatetik yang berlebihan pada kelenjar peluh yang terlibat.
(more…)