Pelalian nikotin bantu henti merokok

Pelalian nikotin bantu henti merokok

(Berita Harian, Isnin – 16 Mei 2005)

 

London – Ahli sains akan mengumumkan ujian besar-besaran terhadap manusia berhubung pelalian untuk nikotin yang bakal menyaksikan orang ramai diberikan pelalian bagi menentang ketagihan terhadap rokok dalam tempoh lima tahun.  Pakar mengenai ketagihan berkata, keputusan ujian itu yang akan diumumkan pada sidang onkologi tahunan Amerika di Orlando, Florida dijangka positif dan dapat membuktikan satu kejayaan besar terhadap usaha mewujudkan pelalian terhadap nikotin.

Continue reading

Tokyo haramkan minuman dicampur Viagra

 

Tokyo, Jumaat – Sejenis minuman ringan yang mengandungi ramuan utama ubat bagi memulihkan tenaga batin, Viagra kini diharamkan pihak berkuasa Jepun.

 

Tindakan itu berikutan iklan minuman itu yang memaparkan minuman itu "penyelesai kepada masalah malam anda," yang terpampang dalam majalah lelaki dan Internet.

 

Kira-kira 47,000 botol minuman tanpa preskripsi itu diimport dari China, setahun lalu dan hanya 4,000 yang masih belum dijual di kebanyakan farmasi di sekitar Nagoya, barat Jepun.

 

Menurut pegawai, setiap botol minuman itu mengandungi 64.3 miligram (mg) bahan kimia sildenafil, sejenis ramuan aktif dalam Viagra iaitu melebihi 25 atau 50 mg dalam setiap pil Viagra  yang dijual di Jepun.

 

"Oleh itu, ia sudah pastinya mempunyai kesan sama seperti Viagra," katanya.

 

Setiap 20 mililiter botol berharga 3,000 yen (RM97), berbanding 1,100 hingga 1,300 yen setiap pil Viagra. Pihak berkuasa Jepun turut menyifatkan minuman itu melanggar undang-undang dadah Jepun.

 

Firma yang mengimport minuman itu mendakwa ia dihasilkan daripada pekatan buah-buahan China menyerupai anggur dan tidak tahu menahu mengenai bahan kimia itu.

 

Kira-kira 9.8 juta lelaki Jepun dilaporkan mengalami masalah lemah tenaga batin.

 

Sumber: Berita Harian

             Sabtu, 10 Februari 2001

Continue reading