Kanser Serviks: Lelaki pembawa, Wanita Menderita

Dr Harmy Mohd Yusof
Presiden PAPISMA 07/08
drnhmy27@yahoo.com

Kanser serviks atau kanser pangkal rahim merupakan kanser yang utama berlaku di kalangan wanita. Di seluruh dunia hampir setengah juta wanita menghidapi penyakit ini dan menyebabkan lebih daripada suku juta kematian. Menurut perangkaan yang dikeluarkan oleh Daftar Kanser Kebangsaan 2003 ia merupakan kanser yang kedua kerap selepas kanser buah dada dan menyumbangkan kira-kira 12 % daripada keseluruhan kejadian kanser di kalangan wanita.

buttonfullarticle

Makan Semasa Mengandung

Soalan

Saya baru setahun mendirikan rumahtangga dan akan menimang cahayamata yang pertama pada awal bulan September ini. 

Saya ingin bertanya, adakah apa yang ibu buat semasa hamil mempengaruhi anak dalam kandungan? 

Semejak mengandung saya jarang makan nasi, saya banyakkan memakan buah-buahan dan roti, adakah itu mendapat kesan kepada anak dalam kandungan? 
 

-ika

Jawapan

Terlebih saya ingin mengucapkan tahniah kepada Puan kerana bakal menerima/sudah menerima cahayamata pertama. Maaf diminta kerana mungkin terlambat menjawab soalan Puan berkenaan dengan pengaruh perbuatan ibu terhadap kandungan yang  sememangnya besar sekali kerana mereka (ibu dan bayi) berhubung satu sama lain dengan terus (pengaliran darah ibu dan anak melalui uri). Sebab itulah sebagai orang Islam kita digalakkan untuk menambahkan amalan membaca Al-Quran semasa mengandung disamping mengamalkan pemakanan yang seimbang dan penjagaan kebersihan yang baik.

Berkenaan dengan pemakanan Puan Semasa mengandung, adalah tidak membawa keburukan kepada kandungan jika Puan membanyakkan memakan roti dan buah-buahan selagi semua zat dan kalori terutamanya zat besi adalah mencukupi. Zat besi diperlukan bagi memastikan paras sel darah merah (hemoglobin) dalam darah adalah normal untuk perkembangan bayi dalam kandungan di samping persediaan ibu untuk bersalin yang pastinya akan melibatkan pengeluaran darah. Sumber zat besi contohnya
dari makanan laut, organ-organ dalam, ikan bilis dan sebagainya.

Terima Kasih.

Continue reading