Dr Zakuan Zainy Deris Pakar Mikrobiologi Klinikal, Jabatan Mikrobiologi dan Parasitologi Pusat Pengajian Sains Perubatan Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan
Tanda-tanda mengidap jangkitan H1N1 kebiasaannya adalah demam, batuk, berhingus dan sakit kerongkong. Terdapat juga tanda-tanda yang tidak khusus seperti sakit kepala, sakit badan, cirit birit, muntah dan lain-lain. Kebanyakan orang yang mendapat hanya mendapat gejala ringan. Anggaran sekitar 10% mendapat gejala yang teruk seperti pneumonia (jangkitan paru-paru), encephalitis (jangkitan otak), carditis (jangkitan jantung), jangkitan telinga tengah, kurang cecair badan serta menyebabkan penyakit yang telah dihidapi bertambah teruk contohnya asthma.
Jangkitan pandemic influenza A H1N1 tidak dapat dibezakan H1N1 dengan selsema lain tanpa ujian makmal. Tanda klinikal pengidap H1N1 adalah sama dengan selema lain. Walaubagaimanapun pihak Kementerian Kesihatan menganggarkan sebanyak 95% selsema adalah disebabkan sekarang influenaza A H1N1. Keadaan yang sama diperhati seluruh dunia. Dapat ertikata lain, semua kes selsema sekarang perlu dianggap sebagai influenza A H1N1. Sehubung dengan itu juga, ujian makmal untuk memastikan H1N1 secara umumnya tidak diperlukan untuk pengurusan pesakit.
Dr Mohd Mazri Yahya Pakar Perunding Bedah Am,Vaskular & Endovaskular, Hospital Pakar Regency, Masai, Johor
Hiperhidrosis tangan
Penyakit berpeluh yang berlebihan dikenali sebagai Hyperhidrosis. Ia berlaku pada hampir 1% daripada populasi terutamanya wanita. Perpeluhan yang tidak normal ini biasanya mengganggu kehidupan pesakit dan ia boleh berlaku di tangan, ketiak, kaki atau muka. Ada pesakit yang tidak ke masjid atau berdebar ketika hari raya menjelang tiba kerana tangan yang basah ketika bersalaman. Ada pesakit yang mengadu berpeluh menitik-nitik tanpa sebab dan kaki yang berendam di dalam kasut disebabkan perpeluhan pada kaki. Ini menyebabkan mereka berasa sulit untuk menjalani kehidupan.
Penyebab penyakit hyperhydrosis ini masih belum diketahui. Walaupun begitu, ia dipercayai disebabkan oleh rangsangan saraf simpatetik yang berlebihan pada kelenjar peluh yang terlibat.
Terdapat pelbagai cara rawatan yang boleh dan pernah digunakan untuk merawat penyakit ini. Ia termasuklah penggunaan Ubat Sapu antiperspirant, pil antikolinergik dan iontophoresis. Namun kesannya tidaklah menyeluruh dan hanya berkesan pada sebilangan kecil pesakit sahaja. Begitu juga dengan penggunaan suntikan botulinum(Botox), walaupun berjaya untuk merawat pesakit tetapi biasanya ia adalah sementara. Pesakit memerlukan rawatan yang berulang-ulang kali setiap 3-6 bulan.
Rawatan pembedahan simpatektomi merupakan rawatan yang terbukti keberkesanannya. Terdapat pelbagai cara di dalam melakukan pembedahan tersebut dan cara yang terkini ialah melalui pembedahan lubang kunci (key-hole surgery) iaitu Endoscopic TransThoracoscopic Sympathectomy(ETS). Penggunaan ETS ini telah merubah cara rawatan penyakit hyperhydrosis daripada rawatan menggunakan ubat-ubatan kepada pembedahan.
Keberkesanannya dilaporkan sehingga 98% dengan kesan samping yang sangat kecil. Di antara kesan samping yang dilaporkan termasuk kerosakan saraf frenik, saraf brachial plexus, Sindrom Horner, perdarahan ruang paru-paru dan pneumothoraks. Tetapi semua komplikasi tersebut adalah sangat kecil iaitu pada kadar 1%. Komplikasi yang paling kerap dilaporkan ialah ‘Perpeluhan di tempat lain’ (Compensatory sweating) iaitu pada kadar 40%. Pesakit biasanya mengadu berpeluh pada badan atau peha selepas daripada pembedahan dijalankan. Ia boleh jadi sementara ataupun berkekalan.
Pembedahan ETS dilakukan selepas pesakit diberi bius menyeluruh(general anesthesia). Endoscope berbentuk Y akan dimasukkan ke dalam ruang paru-paru melalui luka sebesar 2cm di bawah ketiak. Saraf simpatetik ke 2 - 4 akan dikenalpasti melalui kamera pada endoskop tersebut dan seterusnya akan dipotong menggunakan mesin diathermi. Selepas luka dijahit, prosedur yang sama akan dilakukan di paru-paru berikutnya. Biasanya pesakit akan dibenarkan pulang pada hari berikutnya.
Secara kesimpulannya, ETS sangat berkesan untuk hyperhydrosis pada tangan dan muka dan sebahagian pada kaki. Kesan yang drastik dengan komplikasi yang minimal menyebabkan rawatan ini semakin popular di dalam merawat penyakit Berpeluh berlebihan.
Ramai ibu-bapa tertanya-tanya sekiranya bayi mereka mendapat cirit-birit kerana pergerakan usus bayi berlaku dengan kerap. Pergerakan usus bayi yang biasa bergantng kepada samada dia diberi susu ibu atau susu rumusan.
Jangkitan salur kencing (UTI) merupakan antara jangkitan yang paling lazim berlaku pada badan manusia. Ia lebih lazim berlaku pada wanita berbanding lelaki, dan pada umumnya setiap orang wanita akan mengalami sekurang-kurangnya sekali jangkitan salur kencing sepanjang hidupnya. UTI biasanya disebabkan oleh bakteria yang mendiami usus manusia, seperti E.coli. Read the rest of this entry →
Kanserserviks atau kanser pangkal rahim merupakan kanser yang utama berlaku di kalangan wanita. Di seluruh dunia hampir setengah juta wanita menghidapi penyakit ini dan menyebabkan lebih daripada suku juta kematian.. Menurut perangkaan yang dikeluarkan oleh Daftar Kanser Kebangsaan 2003 ia merupakan kanser yang kedua kerap selepas kanser buah dada dan menyumbangkan kira-kira 12 % daripada keseluruhan kejadian kanser di kalangan wanita.
{mosimage}Aneurysme merupakan pembengkakan sebahagian daripada dinding salur darah. Ini berpunca dari kelemahan sebahagian dinding salur darah [baca lagi] Read the rest of this entry →
Cirit-birit terjadi apabila terdapat penambahan pembuangan najis berbanding biasa.Najis mungkin dihasilkan dengan lebih kerap, kurang berbentuk malah berair. Cirit-birit pada kanak-kanak boleh disebabkan oleh berbagai sebab…
PAPISMA adalah merupakan nama ringkas untuk Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia yang merupakan sebuah Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) yang berdaftar. Ia mula ditubuhkan pada tahun 2004 dengan dianggotai oleh gabungan tenaga-tenaga profesional kesihatan yang antara lain tujuannya adalah untuk membimbing ahli dan masyarakat dalam meningkatkan kesedaran dan kefahaman tentang sistem penjagaan kesihatan dan perubatan