Header image  
Berilmu,Beramal,Bertaqwa
   Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia
 
 
Subscribe to fekahperubatan
Powered by groups.yahoo.com

 
 
Selawat Syifa
doa syifa

 
 
Objektif Penubuhan PAPISMA
  1. Untuk mempereratkan hubungan silaturrahim dan memupuk semangat kerjasama dan muhibbah di kalangan tenaga-tenaga amal dalam perubatan.
  2. Memperjuangkan dan mengenengahkan pandangan dan buah fikiran tenaga-tenaga kesihatan terhadap isu-isu kesihatan dan isu-isu semasa yang lain.
  3. Menggabungkan tenaga-tenaga kesihatan yang merangkumi semua bidang kesihatan supaya boleh mewujudkan suasana perawatan yang lebih ideal dan holistik.
  4. Membantu meningkatkan taraf perkhidmatan kesihatan dan sektor kesihatan terutama di kawasan pedalaman sehinggalah ke peringkat nasional melalui aktiviti-aktiviti kebajikan, kesedaran kesihatan, penulisan-penulisan akademik, kenyataan media dan lain-lain.
  5. Membimbing ahli dan masyarakat untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman tentang sistem penjagaan kesihatan di Malaysia melalui berbagai kaedah yang ada seperti media, rawatan kesihatan percuma, bengkel-bengkel kesihatan, ceramah-ceramah, pameran dan sebagainya.
  6. Membuat perhubungan dan kerjasama atau bergabung dengan mana-mana pertubuhan berdaftar peringkat nasional atau antarabangsa yang mempunyai tujuan yang selari dengan Pertubuhan ini.
  7. Berusaha sedaya upaya untuk membantu masyarakat nasional dan global memahami dan menjiwai kaedah dan sistem perubatan dan perawatan yang selari dengan al-Quran dan Sunnah serta tidak bercanggah dengan ajaran Islam.
  8. Menambahkan tabung kewangan dengan cara yang tidak bercanggah dengan undang-undang. Semua wang dan keuntungan yang didapati oleh Pertubuhan ini hasil dari penyertaannya dalam mana-mana perniagaan akan digunakan semata-mata untuk melanjutkan, memajukan dan menjalankan tujuan-tujuan Pertubuhan ini, dan tidak sebahagian pun daripada wang atau keuntungan itu akan digunakan untuk membayar faedah, keuntungan atau bonus kepada sebarang ahli Pertubuhan. Sungguhpun begitu, peruntukan ini tidak menghalang sebarang pembayaran yang dibuat dengan tujuan baik, untuk membayar gaji atau perbelanjaan atau kedua-duanya kepada sebarang ahli atau pekerja Pertubuhan  ini.

 

 

 

 


 
 
 
 
   
Mula dibina: 1 Ramadhan 1427 :
24 September 2006
     
All Rights Reserved 2006. Copyright © 2006 Papisma.org...Monthly Update