Negara Islam04.09.08

Oleh Zakuan Zainy

Isu negara Islam. Tidak pernah sebarang masa kita nyatakan tidak atau phobia kepada Negara Islam. Tetapi
belajarlah dulu membina negara Islam dalam diri kamu, keluarga kamu sebelum kamu mendirikan di negara kamu. Bukankah itu yang diajar oleh Mustafa Masyhur. Kalau kita melihat perjanjian Hudaibiah, nabi membuat paling tidak dua pengubahan penting yang ditentang oleh Umar R.A. Iaitu kalimah Muhammad Rasulullah dibuang. Adakah nabi tidak mengakui dia rasulullah, atau dia takut dan phobia untuk menyatakan dia Rasulullah? Adakah dia terikut-ikut dengan musyrikin?

Pengubahan kedua adalah perjanjian berat sebelah yang
mana orang musyrik yang memeluk Islam dan berhijrah ke
Madinah hendaklah dihantar pulang, tetapi sebaliknya
orang Islam yang murtad dan melarikan diri ke Makkah
dilindungi. Rasulullah bersetuju dengan perjanjian
berat sebelah ini. Tempoh aman sepanjang penjanjian
ini digunakan sepenuhnya oleh rasul yang mulia untuk
berdahwah, menyampaikan Islam dan menunjukkan keadilan
Islam.
Umar (RA) yang tidak bersetuju dengan rasul yang mulia
itu menyesal sehingga akhir hayatnya!

Endorsement yang diberikan rakyat dalam pilihanraya
lepas bukanlah endorsement kepada Negara Islam
walaupun itulah harapan kita. Mungkin tempoh 5 tahun
yang diamanahkan rakyat ini mesti dipastikan semua
bentuk keadilan Islam, toleransi dalam perkara yang
dibenarkan agama, sikap antifacist dan antiracial,
berlapang dada dan merendah diri, terbuka menerima
teguran, pemimpin yang mudah didekati dan semuanya
berjalan tanpa sebarang jenama.
Kita menggunakan tempoh amanah ini untuk berdakwah dan
menyebarkan Islam tanpa meletakkan jenama kepada
dakwah kita. Kerana kita tahu kalau kita meletakkan
jenama ‘negara Islam’, kita belum tentu menepati
kehendak negara Islam serta kita menyebabkan orang
lari meninggalkan Islam. Yang lebih malang lagi, kita
asyik mempertahankan ‘negara Islam’, tetapi sikap dan
akhlak kita sebenarnya menyebabkan orang lari
meninggalkan Islam.

Ini bukanlah phobia. Ini bukanlah taqiyyah. Tetapi
inilah dakwah.

Tags:

Posted in Artikel Terbaikwith No Comments →

  • You Avatar
  • Video Pilihan

  • Artikel Terbaru

  • Artikel Popular

  • Categories

    open all | close all

  • Pelawat

  • Pelawat

    Pelawat Hari ini: 6 Pengunjung setakat ini: 9474 Pelawat dalam Talian: 3
  • Link Pilihan

  • buku fekah perubatan 
    BIAYA PENERBITAN
    BUKU FEQAH PERUBATAN
    Cek Atas Nama :
    ·         PAPISMAENTERPRISE

     Bank-In ATM / Transfer Online :

    (PAPISMA ENTERPRISE)

     

    ·       MAYBANK  : 5630 6411 5978

    ·   BIMB: 1301-7010-812-843


Paparan terbaik dengan menggunakan pelayar Mozila Firefox 3.0