Apa maksud Papisma?

Papisma adalah merupakan nama ringkas untuk Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia. Ia merupakan sebuah Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) yang berdaftar.

Siapa ahli-ahli Papisma Malaysia?

Papisma dianggotai oleh gabungan tenaga-tenaga profesional kesihatan seperti doktor-doktor perubatan, doktor pergigian, pakar pemakanan, dietitian, jururawat, ahli farmasi, pembantu perubatan (MA, medical assisstant), radiografer dan lain-lain keanggotaan daripada perkhidmatan sokongan perubatan /kesihatan.

Bagaimana menjadi ahli Papisma?

Keahlian Papisma Malaysia terbuka kepada mana-mana individu yang berstatus profesional di dalam bidang kesihatan. Permohonan keahlian Papisma hendaklah melalui Setiausaha Agung. Permohonan juga boleh dibuat melalui pengerusi cawangan Papisma negeri. Saudara/i juga digalakkan mendaftar dengan Sahabat Papisma iaitu cabang kesukarelawanan Papisma Malaysia.

Bagaimana menghubungi kami?

Hantarkan pertanyaan anda seperti dibawah;

Alamat (Ibu Pejabat) :
No 3B, Jalan SG 3/16,
Pusat Bandar Sri Gombak,
68100 Batu Caves,
Selangor Darul Ehsan

No. Faksimili : 03-61861270

E-mail: hqpapisma@gmail.com