Alhamdulillah, pada hari Sabtu yang lepas (5hb Februari 2011) telah diadakan kursus pengurusan laman web PAPISMA. Kursus anjuran PAPISMA Pusat ini telah diadakan bertempat di sekitar bandar Kubang Kerian, Kota Bharu Kelantan.

Kursus yang telah di sampaikan oleh Dr. Suhazeli yang merupakan Biro IT PAPISMA Pusat bermula seawal jam 8.30 pagi dan berakhir pada 5.30 petang turut disertai oleh SU Agung PAPISMA Pusat – Dr. Rostam, Pengerusi Koperasi Amal Medik Malaysia Berhad – Dr. Harmy, SU Agung Koperasi Amal Medik Malaysia Berhad – Dr Najib Mat Pa, SUK PAPISMA Johor – Akhi Hud, SUK PAPISMA Kelantan – Sdr Syakir, dan Pelajar Master – Sdr. Zulhusni.

Antara isi yang di bentangkan didalam kursus tersebut adalah berkaitan cara membina sesebuah laman web bermula dengan langkah pertama, tugasan sebagai admin meng update berita-berita terkini untuk diletakkan didalam sesebuah laman web, menggunakan aplikasi melalui (joomla, word press).

Setiap zon akan ada website atau blog sendiri tidak lama lagi… InsyaAllah.

Be Sociable, Share!

Related posts:

  1. Jom! Kursus Pembinaan Laman Web Papisma
  2. Kursus Induksi Papisma
  3. Pelancaran Laman Takaful Amal Medic