MISI BERKHATAN KEMBOJA 2011

Pada 19 Januari 2011 yang lepas, Yayasan Amal Pahang bersama-sama dengan PAPISMA telah menganjurkan program berkhatan untuk anak-anak di Kemboja. Misi ini dirangka sebagai suatu usaha untuk memberi manfaat kepada masyarakat muslim di Kemboja.

Seramai 6 orang anggota PAPISMA termasuk tuan presiden sendiri iaitu Dr Awisul Islah bersama-sama  Dr Fadliyazid, Dr Nik Azrizie, Dr Ruhaifi, Firdaus dan Dr Syed Khaliq telah terpilih untuk memikul tanggungjawab besar ini. Bukan calang-calang doktor, gabungan doktor-doktor berpengalaman serta muka-muka baru yang berpotensi memantapkan lagi kumpulan misi kali ini.

Sukarelawan Yayasan Amal Pahang dan PAPISMA

Kumpulan ini berangkat pada 19 Januari 2011 ke Pnom Penh dari lapangan terbang LCCT Sepang. Check ini seawal jam 4 pagi, mereka penuh

bersemangat untuk memulakan misi.

Sosio ekonomi masyarakat Kemboja
Inilah kenderaan mereka selepas berkhatan...
Pulang dengan motor selepas berkhatan.. tahan ke dik?
Mendengar Ustaz Zainal Abidin, Mudir Maahad Al-Muhajirin memberikan ucapan

Semoga misi ini mampu menjadi sebahagian daripada amal jariah PAPISMA, serta menjadi titik mula untuk  melebarkan sayap PAPISMA ke luar negara, membesarkan dan mengharumkan nama PAPISMA. Semoga anak-anak yang dirawat mendapat manfaat daripada amal yang dikerjakan, sesuai dengan nama PAPISMA sebagai pertubuhan amal perubatan.

Be Sociable, Share!

Related posts:

  1. PROGRAM JOM BERKHATAN KERJASAMA ANTARA PAPISMA & PERKIM
  2. Program Berkhatan Orang Asli-Papisma Tengah
  3. Program Sulong Berkhatan – PAPISMA Utara
  4. Papisma Menghantar Wakil Misi Kemanusiaan ke Padang, Indonesia
  5. Misi Amal-PAPISMA ke Bangladesh Sempena Taufan Sidr