Pada 7 hingga 9 Januari 2011 serta 14 hingga 16 Januari 2011 yang lepas, sebuah program khidmat kesihatan PAPISMA telah berjaya dianjurkan di Segamat, Johor. Program yang berkonsepkan ‘home visit’ atau ziarah rumah ke rumah ini mendapat kerjasama daripada hampir semua cawangan PAPISMA di negeri-negeri seluruh Malaysia. Antara cawangan yang hebat memberikan komitmen termasuklah cawangan Kelantan, cawangan Pahang, cawangan Terengganu serta beberapa cawangan lagi termasuklah yang paling hebat pastinya tuan rumah, cawangan Johor. 

Khidmat kesihatan kali ini merupakan antara program besar yang berjaya dianjurkan PAPISMA. Program ini terpecah kepada dua peringkat iaitu peringkat pertama bermula 7 Januari sehingga 9 Januari. Manakala peringkat kedua pada 14 Januari dan berakhir pada 16 Januari 2011. 

Home Visit

 

Ketika fasa pertama, petugas dibahagikan kepada dua kumpulan yang masing-masing terdiri daripada beberapa orang doktor serta beberapa orang petugas farmasi. Kebanyakan pesakit yang dilawati merupakan pesakit-pesakit yang uzur dan tua. Lebih kurang empat puluh buah rumah berjaya diziarahi sepanjang dua hari berkampung di sini. 

Antara yang turut mengkagumkan, peserta bukan sahaja dari kalangan orang Melayu malahan rumah-rumah orang India dan Cina turut memberi kerjasama. Mereka tidak menghadapai masalah untuk menerima kunjungan para doktor PAPISMA atas tujuan pemeriksaan kesihatan. Semangat muhibbah jelas terpancar di wajah mereka. 

Fasa kedua program memperlihatkan lebih ramai para doktor yang memberi komitmen termasuklah pelajar perubatan daripada institusi pengajian tinggi awam seperti Universiti Malaya (UM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Sains Malaysia (USM). Penglibatan pelajar perubatan dalam program khidmat kesihatan adalah suatu yang perlu dipuji dan diteruskan kerana melaluinya, banyak ilmu yang boleh diterapkan dalam melahirkan pakar perubatan yang mesra dan cakna dengan kesihatan masyarakat. 

Khidmat Kesihatan Berpusat

 

Dalam fasa ini, selain konsep ziarah rumah ke rumah, khidmat kesihatan berpusat turut dijalankan. Ceramah kesedaran ‘Dari Wanita Untuk Wanita’ turut dilaksanakan. Program yang mengkhususkan kepada masalah-masalah wanita seperti kanser payu dara dan pangkal rahim ini mendapat sambutan memberansangkan. 

Ceramah 'Dari Wanita Untuk Wanita'

 

Perjalanan ziarah rumah ke rumah juga turut menelusuri perkampungan orang asli di Segamat Kecil. Aktiviti wayang pacak turut dilaksanakan di sini. PAPISMA mendapat pujian dari kalangan masyarakat setempat. 

Semua aktiviti PAPISMA dalam program ini dikira berjaya kerana mendapat permintaan daripada penduduk setempat untuk mengadakannya lagi, bahkan secara berkala. InsyaAllah, pihak tertinggi PAPISMA akan membincangkannya. 

Kepada seluruh tenaga kerja PAPISMA sama ada ahli secara rasmi, bersekutu, pelapis PAPISMA mahupun bukan ahli yang turut sama-sama menyumbang dalam program khidmat kesihatan ketenangan ini, PAPISMA ucapkan Tahniah! dan terima kasih yang tidak terhingga. Semoga dengan sedikit usaha ini melestarikan amal dakwah kita ke arah kehidupan yang lebih sempurna, InsyaAllah.

Be Sociable, Share!

Related posts:

  1. Khidmat Kesihatan di Kg Pela Ajil
  2. Khidmat Kesihatan Kg Butut Baru
  3. Khidmat kesihatan di Kuala Terengganu
  4. Khidmat kesihatan Di Pulau Duyong, Terengganu
  5. Khidmat Kesihatan Parit Buntar, Perak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *