Are you a muslim?

Oleh La Sani

Inilah pertama kali saya di soal dengan pertanyaan ini, adapun sebelum ini orang kan bertanya samaada saya ini orang cina ke, or siam or india or melayu, jawa, or orang sarawak,  tapi kali ini orang bertanya adakah saya ni seorang Muslim.

Sabtu lepas berpeluang pulang ke kampung halaman di Pulau Pinang, amik peluang nak belikan barangn dapur buat family, penuh jugak troli ngan barang2, pastu terus beratur untuk buat pembayaran kat kaunter,
kemudian ada 2 orang makcik cina datang beratur di belakang saya, salah seorang amik salah satu item dalam troli saya dan terus bertanya ARE YOU A MUSLIM? dengan agak kehairanan. barang yang beliau amik adalah cendawan kering (dried mushroom) – antara makanan favourite saya dan ini adalah makanan orang2 tiounghua.

Terkejut jugak saya ngan soalan ini, tapi dengan pantas terdetik inilah peluang untuk berdakwah, walaupun sekadar di depan kaunter, dgn orang yang tak di kenali, rupanya masih sempat untuk berdakwah, bahawa sebagai muslim kita dapat terima apa jua budaya, adat resam, makanan yang tidak menjejaskan aqidah kita. Walaupun kali pertama berjumpa, tapi cepat mesra dan berjenaka.

Kesimpulan saya :
1) masyarakat non-muslim sudah mula untuk membezakan bangsa dan agama.
2) masih terdapat salah faham, menjadi seorang muslim, hanya boleh mengamalkan adat resam, makanan kaum tertentu sahaja
3) dakwah itu boleh di mana2 saja, pada bila2 masa, mengikut kretiviti dan keadaan. Hatta sekadar perlakuan.
4) peluang dakwah itu amat terbuka luas, tambahan dengan suasana politik sekarang. Peluang yang ada sangat cerah.

: Dried mushroom
sesuai di buat sup, dgn ayam just letak sup bunjut, kentang, dried mushroom, red dates, ghoji dan renehkan, senang, mudah, emm pasti sedap. boleh juga ditambah dalam sayuran.
Bagi mereka yang vegetarian – tangkal mushroom tu digunakan sebagai pengganti belacan. vegetarian tak boleh makan belacan sebab ada sumber binatang.
Juga sebagai pengganti ikan untuk kuah laksa.

Share and Enjoy:
  • Facebook
  • Google
  • Furl
  • Print this article!

No related posts.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Wordpress Themes - Wordpress Video Themes - Wordpress Travel Themes - WordPress Restaurant Themes