Sebagaimana yang telah dirancang, dengan izin Allah SWT, buat kali ke-3 Majlis Ramah Mesra Aidilfitri berjaya diadakan pada 24/9/2010 bersamaan 15 Syawal 1431H. Kali ini sambutan Aidilfitri ini diadakan di rumah Dr. Roslan / Dr. Zaihan yang terletak di Kg. Durian Mas Manir, Kuala Terengganu yang terletak kira-kira 10 km dari Bandaraya Kuala Terengganu.

Meskipun agak jauh di pedalaman, namun kehadirannya agak membanggakan. Kira-kira 20 keluarga telah hadir untuk memeriahkan majlis ini demi membina ukhuwwah dan menghangatkan tarbiyah PAPISMA Terengganu.

Majlis dimulakan dengan ucapan Pengerusi PAPISMA Terengganu, Dr. Md. Arif b. Ibrahim yang mengalu-alukan kedatangan para hadirin sambil mengumumkan beberapa program yang telah dirancang sehingga akhir tahun 2010 ini. Seterusnya beliau mengedarkan senarai terkini ahli PAPISMA Terengganu bagi disemak dan diperbetulkan sekiranya mempunyai kesilapan atau perubahan.

Baca lagi…

Be Sociable, Share!

Related posts:

  1. Jamuan PAPISMA Terengganu
  2. Jamuan Hari raya Papisma Pusat
  3. Sumbangan Ramadhan oleh SMART Papisma Terengganu
  4. Jamuan Hari Raya PAPISMA Pusat 2009
  5. Majlis Berbuka Puasa Papisma Terengganu