Family Day 2008

Kemesraan terasa semasa di Hari Keluarga
PAPISMA sudah berusia 5 tahun secara zahirnya berada dalam masyarakat, sudah pasti banyak cabaran dan halangan yang telah tempuhi. Ada ketikanya PAPISMA di atas dan ada kalanya PAPISMA di bawah mengikut arus perdana yang maha hebat arusnya.
Kemunculan PAPISMA di beberapa buah negeri telah membuka mata semua pihak bahawa kita adalah NGO yang boleh memainkan peranan penting dalam dakwah dan perjuangan. Walaupun sememangnya kita tidak pernah mengharapkan balasan dari mana-mana pihak. Semakin kita dikenali, semakin banyaklah komitmen kita pada dakwah & perjuangan .
Justeru, konsep sukarelawan dalam Islam menjadi tema hari keluarga yang dipilih oleh PAPISMA Kelantan yang diamanahkan sebagai penganjur tahun ini. Dengan mood pilihanraya yang masih dalam diri, kita seharusnya mengekalkan momentum ini untuk terus memastikan Islam berada terus dihadapan selama-lamanya.
Harapan agar Family Day kali ini dapat memberikan manfaat kepada kita semua. PAPISMA Kelantan mengucapkan ahlan-wasahlan wamarhaban bikum kepada semua ahli papisma yang datang ke Kelantan sempena hari keluarga 2008. Bumi yang disuburi dengan Nur Islam.
OBJEKTIF
Memberi pendedahan kepada semua ahli tentang konsep volunteerism, di samping mengeratkan silaturrahim.
Sila lihat Video Promo sempena Family Tahun ini.
Related posts:



