AJIL, 16hb FEB 2008. Program ziarah seluruh Terengganu telah berjalan dengan lancarnya selama 2 hari berturut-turut, 15hb dan 16hb Februari 2008. Program ini membawa imej bahawa PAPISMA prihatin dengan masalah masyarakat dan PAPISMA sedia menghulurkan bantuan dalam bentuk kebajikan kesihatan.

Menurut Pemangku Presiden, program ini adalah lanjutan dari siri khidmat kesihatan yang kita jalankan selama ini di seluruh negara. Tujuan utama program ini dijalankan adalah untuk mendekatkan pertubuhan dengan masyarakat setempat. Rata-rata penduduk tidak mendapat kemudahan secukupnya dari segi kesihatan. Punca utama adalah kerana mereka tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan rawatan di klinik-klinik kesihatan.  Ramai di antara mereka yang uzur dan tiada kenderaan  untuk mendapat rawatan dari klinik berdekatan. Sehinggakan meraka yang menghidap penyakit darah tinggi sudah tidak mendapatkan bekalan yang sepatutnya.

Program ini perlu diteruskan lagi dimasa hadapan bagi kesinambungan kearah negara berkebajikan.

Be Sociable, Share!

Related posts:

  1. Khidmat Kesihatan Parit Buntar, Perak
  2. Bantuan kepada Mangsa HIV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *