Persidangan Nusantara Isu Perubatan ke 2

Istilah Perubatan Islam adalah suatu istilah yang sering disalah ertikan. Jika ditanya kepada masyarakat umum apakah yang mereka faham dengan istilah Perubatan Islam, pasti ramai yang menjawab, Perubatan Islam adalah kaedah rawatan yang menggunakan jampi-jampi untuk menghalau jin-jin, juga kaedah rawatan yang dilakukan oleh Rasulullah seperti berbekam dan sebagainya.

Walaupun mungkin itu semua adalah benar, namun persoalannya apakah itu sahaja yang dikatakan sebagai Perubatan Islam? Bagaimana pula denga perubatan moden? Apakah rawatan moden yang dipraktikkan oleh doktor-doktor perubatan di hospital-hospital dan klinik-klinik yang mana kaedah rawatan tersebut tidak menyanggahi syariat itu, bukan perubatan Islam?

Tidak dinafikan, terdapat banyak nas yang mengaitkan Rasulullah s.a.w dengan amalan-amalan tertentu yang berkaitan dengan ilmu perubatan atau perawatan. Terdapat di antaranya mempunyai sanad yang sahih, ada juga yang bersifat dha’if (lemah) dan maudhu’ (palsu). Kita tinggalkan dulu perbincangan berkaitan dengan nas yang dha’if dan maudhu’ itu. Kita fokuskan kepada nas-nas yang dinilai sahih oleh para ulamak muhaddisin (ulamak hadis).

Dalam memahami nas-nas baginda Rasulullah s.a.w yang bersangkutan dengan ilmu keduniaan seperti, ilmu perubatan, ekonomi, pertanian dan sebagainya, para ulamak berbeza pandangan berkenaan dengannya.

Justeru, Persidangan yang akan berlangsung di Kuala Terengganu pada 15 hingga 17 September 2017 mengupas segala pertikaian dari falsafah dan pengamalan terkini.

Persidangan ini akan mengumpulkan ramai pakar perubatan dan ulama Islam. Perbincangan isu-isu terkini dan dari sumber yang tepat dalam sudut perubatan dan agama. Tunggu jadual penuh dari pihak penganjur.

Dato Dr Suhaini Kadiman

Presiden Papisma Malaysia

Be Sociable, Share!

Related posts:

  1. Perubatan Islam – Ungkapan Yang Sering Disalah Faham
  2. Fikah Perubatan & HMI
  3. Khatan Nusantara PAPISMA – Kemboja 2012
  4. Khatan Nusantara PAPISMA siri II 2013 di Pulau Mabul, Sabah (13-16/9/2013)
  5. Khatan Nusantara Batam, Indonesia 2013 (AMAL Johor & PAPISMA)