Perasmian Jom Berkhatan

(Peserta dipanggil ke pentas perasmian untuk diarak ke tempat berkhatan)

Program Merakyatkan Seni Budaya (PMS)- Kawasan Luar Bandar dilakukan di Bagan Dalam dengan kerjasama Jawatankuasa Rukun Tetangga (KRT) Bagan Dalam dan Badan Bukan Kerajaan (NGO)- PERKIM dan PAPISMA.

Siram-Siram

(sebelum masuk ke dewan berkhatan peserta di sembur dengan pili bomba dengan bantuan ahli bomba)

Siram 2

Majlis telah dijalankan pada 29 hb November 2009, di Perkarangan Masjid Jamek Bagan Dalam, Butterworth dan bermula dari 9 pagi dengan dirasmikan oleh Pengarah Jabatab Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Pulau Pinang, Tuan Nik Ali bin Mat Yunus.

Perasmi VVIP, VIP, wakil jabatan kerajaan(Barisan kerusi VVIP, VIP dan Ketua Jabatan)

Penyertaan ini terbuka kepada kanak-kanak yang tinggal sekitar kawasan Bagan Dalam. Setiap peserta akan dibekalkan dengan tilam, bantal dan sehelai kain pelikat. Para peserta mesti bermalam satu malam di masjid dan keluarga peserta juga akan dijemput untuk menghadiri Kenduri Kampong telah diadakan.

Doktor PAPISMA yang turun membantu ( Doktor Papisma yang turun membantu Dr Harmy-kiri, Dr Arif-tengah, Dr Fozi-kanan)

Tilam dan batal diberi percuma(Tilam & bantal yang telah disediakan oleh penganjur untuk peserta berehat dan bermalam di masjid)

Tenaga berkhatan yang bertugas(Dr Azrin-kiri dan Dr Zahirrudin-kanan sedang menenangkan peserta)

Keluarga peserta sedang menunggu giliran(Keluarga peserta sedang menunggu giliran anak mereka)

Peserta bersedia(Peserta sedang bersedia untuk disuatkan dengan keluarga disisi untuk ditenangkan)

Banyak program telah dilaksanakan bagi memeriahkan program ini antaranya :

  • Gotong Royong memasak kenduri rakyat
  • Peraduan Mewarna Kanak-Kanak 5 dan 6 tahun

Program Kenduri Rakyat(Program Kenduri Rakyat dijamu dengan makanan ala kampung)

  • Pertandingan dan Demonstrasi Permainan Tradisional: Galah Panjang/Congkak/Gasing/Seremban/Sepak Raga/Tating Lawi

Congkak(Permainan congkak yang sedang berjalan)

  • Pameran oleh agensi-agensi dibawah KPKK/jabatan kerajaan

Pameran Kerajaan

(Pameran badan-badan kerajaan)

Pameran Polis Trafik(Pameran kenderaan Polis Trafik)

  • Pemeriksaan Kesihatan
  • Majlis Tahlil
  • Kenduri Rakyat
  • Pertandingan Azan
  • Ceramah Agama oleh Yg Berbahagia Dr Jamnul Azhar bin Mulkan bertajuk  ” Hikmah Berkhatan Di Dalam Perspektif Islam dan Sains”
Be Sociable, Share!

Related posts:

  1. Program Berkhatan Papisma Terengganu 2009
  2. Program Sulong Berkhatan – PAPISMA Utara
  3. Berkhatan di Kuala Berang
  4. Hukuman Sebat: Antara Kesucian Agama, Sains dan Lojik