08 Oktober 2009, K. Lumpur (AMAL) – PAPISMA dan Yayasan Amal Malaysia (AMAL) telah menghantar satu pasukan ┬áMisi Kemanusiaan Mangsa Gempa Bumi di Padang, Sumatera, Indonesia.

PAPISMA dan AMAL melihat keperluan memberi bantuan kemanusiaan kepada negara jiran yang menerima musibah tersebut. AMAL akan mendapatkan maklumat awal dari pasukan sukarelawan Bulan Sabit Merah Indonesia (BSMI) dan MUAMALAT iaitu NGO di Indonesia.

Active ImagePasukan ini telah berjaya memberikan bantuan kepada mangsa yang terlibat gempa bumi. Oleh itu, pihak AMAL sangat mengalu-alukan sebarang bentuk bantuan khususnya sumbangan kewangan dari semua pihak yang prihatin terhadap bencana yang menimpa rakyat di Pandang, Indonesia.

Sumbangan boleh di salurkan ke akaun Maybank, 553010122090 YAYASAN AMAL MALAYSIA dan sila maklumkan ke 019-9831927 atau 019-6644796.

Sumber: Yayasan Amal Malaysia

Be Sociable, Share!

Related posts:

  1. Misi Kemanusiaan Yayasan Amal Malaysia ke Padang
  2. Misi Kemanusiaan Amal-PAPISMA ke Bangladesh Sempena Taufan Sidr
  3. Misi Amal-PAPISMA ke Bangladesh Sempena Taufan Sidr
  4. Kenyataan Rasmi PAPISMA Mengenai Isreal
  5. Sentuhan Ehsan Papisma di Bumi Kenyalang