Hukuman Sebat: Antara Kesucian Agama, Sains dan Lojik

Salam Ramadhan dan Selamat Sejahtera,

Segala puji bagi Allah subhanahu wata’ala dan selawat serta salam keatas nabi Muhammad s.a.w.

Sidang Pembaca Sekalian,

Kami ingin merujuk kepada Isu hukuman rotan ke atas Saudari Kartika dan komentar-komentar yang dimasukkan oleh  akhbar the Star tempoh hari seperti yang berikut:

“Tidak kepada hukuman sebat untuk kesalahan meminum Arak “  (No to ‘whipping for drinking’ Question Time with P. Gunasegaram.)

Juga pada tajuk “Sejauh mana kesnya (Kartika) memberi kesan kepada daya penarik Malaysia?” akhbar yang sama. (How much has her case affected Malaysia’s attractiveness? By V. Subramaniam)

Di sini kami senaraikan beberapa isi tulisan mereka:

1.      Meminta kita melupakan undang-undang ketinggalan zaman dan primitif/kuno yang terdapat dalam syariah dan sivil dan mengambil pada dunia yang tidak bersetuju dengan hukuman sebat keatas seorang wanita yang meminum arak.

And let’s do away too with a slew of outmoded, archaic laws in the statute books, both syariah and civil…. It is abhorrent to most Malaysians and most of the world that a Muslim woman – or any woman – should be whipped for drinking beer.

2.      Hukuman sebat tidak disebut di dalam Al-quran oleh para ulamak. Bahkan diakhir karangannya juga menyebut adalah bahaya yang mengakibatkan kekeliruan sekiranya manusia menyampaikan kata-kata Tuhan.

Scholars say that the Quran does not prescribe such a punishment in the first placethere is real danger of disarray when man purports to speak for God.

3.      Inilah masanya kita membersihkan perlembagaan dan menghapuskan undang-undang yang menganggu hak seseorang yang tidak mengganggu orang lain.

It is time that we cleaned up our statute books and got rid of laws that infringe on a person’s individual choice and which does no harm to others.

4.      Kita juga harus ingat dalam penerimaan biasa internasional terhadap hak asasi manusia dan hak untuk memilih apabila ia melibatkan perlakuan peribadi.

…we must also be mindful that they are in accord with internationally accepted norms with respect to human rights and right of choice when it comes to personal behaviour.

5.      Hukuman sebat kartika akan menjejaskan kepercayaan pelabur luar ke atas undang-undang negara sekaligus menjejaskan perkembagan ekonomi negara.

Hujah-hujah ini sungguh mengecewakan kami umat Islam, dalam rangka kita meraikan Kemerdekaan ke 52 yang kononnya persefahaman antara agama telah terbina di dalam Negara Malaysia yang tercinta. Ianya juga menyukarkan pembentukan perpaduan, 1 Malaysia .

Dengan jelas mereka menghina sistem kehakiman Syariah dengan mengatakannya kuno atau ketinggalan zaman (archaic). Ini tidak dapat diterima. Juga dengan nyata hujah yang diutarakan menunjukkan P.Gunasegaram cuba “memberikan fatwa” bagi umat Islam kerana membuat rumusan mudah kononnya jika tidak disebut di dalam Al-quran maka sesuatu hukum itu bukan Syariah Islam.

Nasihat kami kepada Gunasegaram ialah, agar menyedari umat Islam Negara ini meletakkan Al-quran dan perundangan Islam ditempat yang paling tinggi. Kami mempercayai dan berpegang ia sesuai untuk semua zaman. Ini kepercayaan kami dan ia  harus dihormati. Juga, dalam menentukan hukum Islam, bukan sahaja Al-quran, malah Hadis, Ijmak dan Qias (semoga beliau mempelajarinya) dijadikan rujukan.

Allah Berfirman: 5:90 Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar (yang memabukkan -contohnya arak) , berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan.

Untuk pengetahuan pembaca sekalian, hukuman ini adalah berdalilkan hadith Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan daripada Ali bin Abi Thalib r.a yang bermaksud :

“Rasulullah s.a.w telah menyebat orang yang minum arak sebanyak 40 kali sebat, dan Saidina Abu Bakar telah menyebat sebanyak 40 kali sebat juga, dan Saidina Umar menyebat sebanyak 80 kali sebat. Semuanya adalah sunnah Rasullullah s.a.w. dan inilah yang paling aku suka”.

Bahkan yang dikenakan kepada Kartika hanyalah 6. Penentuan ini juga bukan berdasarkan pendapat yang suka-suka direkakan oleh ulamak. Ianya melalui perbincangan berdasar kepada disiplin Islam. Ianya memerlukan pembelajaran yang dalam dan penghujahan matang.

Kepercayaan sesuatu agama juga bukanlah semuanya kita nilai dengan logik. Baik Islam, mahupun Kristian, Hindu dan Budha semuanya terdapat unsur ini. Kita menggalakkan pembelajaran dan penilaian pendapat kesemua agama untuk kebaikan, persefahaman dan perpaduan. Bukanlah dengan tujuan menghasut dan mungkin tanpa mereka sedar – menghina secara terbuka kerana tidak memahaminya.

Dalam semangat mebina perpaduan, keamanan dan persefahaman dibawah payung Satu Malaysia, maka perlu ada penghormatan oleh penganut agama lain kepada Islam sebagai agama rasmi dan institusi Syariah. Juga di kesempatan ini kami sebagai sebuah NGO Perubatan Muslim juga ingin menegur perbuatan sesetengah Muslim yang mungkin menyinggung sentimen agama lain seperti insiden “Kepala Lembu” tempoh hari.

Firman Allah di dalam Al-quran ‘Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, karena mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah Kami jadikan setiap umat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian kepada Tuhan merekalah kembali mereka, lalu Dia memberitakan kepada mereka apa yang dahulu mereka kerjakan. ‘(surah al-an’aam ayat 108)

Berbalik kepada isu sebat peminum arak.

Walaubagaimanapun, jika logik masih menjadi keutamaan beliau, apakah dapat diterima akal bahawa hukuman Islam keatas penganut Islam yang tidak digunapakai ke atas penganut agama lain tidak diterima sekiranya penganut agama lain tidak setuju? Ataupun ianya tidak diterima kerana pelabur agama lain tidak suka?

Kepercayaan mengamalkan agama juga adalah hak asasi manusia. Namun apabila Mahkamah Syariah hendak melaksanakan kepercayaan ini, kita hairan bagaimana hujah hak asasi digunakan untuk menghalangnya. Jika kita membenarkan hak asasi menghalang mahkamah syariah, maka secara tidak langsung hak asasi juga menghalang kepercayaan beragama. Atau, adakah hak asasi yang lebih tinggi daripada agama, menentukan hal ini boleh dalam agama dan hal lain tidak boleh diamalkan di dalam satu-satu agama?

Sebagai sebuah NGO Perubatan Muslim, kami akan mengambil sumber Alquran dan Hadith sebagai sumber utama hujah berbanding dengan hujah saintifik moden yang tiada bukti asas (Evidence Based Medicine). Inilah penghormatan kami kepada agama kami.

Sidang Pembaca,

Apakah juga benar orang yang mengambil alcohol tidak menggangu orang lain? Sedangkan UNICEF Malaysia melaporkan:

Lain-lain faktor yang menyumbang kepada prevalensi keganasan terhadap kanak-kanak termasuklah penyalahgunaan dadah dan alkohol….

Kita bukannya risau perbuatan meminum, yang kita risaukan ialah kesan mabuk selepas meminum alkohol. Ketika itulah seseorang cenderung melakukan lain-lain jenayah seperti keganasan, kekecohan malah ke tahap melibatkan kemalangan jalan raya, merogol dan membunuh.  Jelas ianya mengakibatkan gangguan kepada keselamatan umum.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan 1.8 milion (3.2%) nyawa melayang setiap tahun kerana alkohol di seluruh dunia. Satu pertiga (32.0%) daripada mereka mati akibat kecederaan yang tidak disengajakan dan 13.7% akibat kecederaan yang disengajakan. Ini menunjukkan lebih separuh daripada peminum alkohol mati akibat kecederaan.

Sesungguhnya alkohol juga bukanlah sesuatu yang baik untuk diminum. Terlampau banyak mudharat yang bakal dialami peminumnya. Semua Doktor Perubatan dan segenap lapisan masyarakat mengetahuinya.

Kajian  Nasional mengenai Penyakit Tidak Berjangkit pada tahun 2006 menunjukkan bahawa 1.5 milion 12.2% rakyat kita mengambil alkohol. Mereka ini berisiko menghidapai darah tinggi, kencing manis dan lain-lain penyakit tidak berjangkit. Itu belum dikirakan kos yang boleh dijimatkan merawati mereka di Hospital dan waktu bekerja yang terbuang akibat rakyat Malaysia sakit dan tidak produktif.

Alkohol juga mengakibatkan 20-30% penyakit kanser esofagus, kanser hati, sirhorcis hati (Liver Cirhorciss), pembunuhan, sawan dan kemalangan jalanraya. Dari kaji selidik yang dijalankan di India menunjukkan pengambilan alcohol dengan kerap oleh pekerja seks wanita (15%), pelanggan mereka (13%) dan lelaki homoseksual 36%. (Alcohol use and sexual risk behaviour: a cross-cultural study in eight countries: © World Health Organization 2005)

Selain itu ia jua mengakibatkan kerosakan otak yang kekal (strok), ulser pada perut (ulser gastrik dan peptik), kanser usus, penurunan naluri seks dan mati pucuk, keguguran spontan, bayi yang tidak normal dan Anaemia (kandungan darah rendah).

Maka nilailah samada kesucian jiwa yang cuba diperlihara oleh Mahkamah Syariah serta pembuktian Saintifik bahaya alkohol kepada masyarakat umum samada keduanya setimpal dengan pertikaian oleh logika akal manusia.

Yang Benar,

Dr Suhazeli bin Abdullah

Presiden,

Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia

suhazeli@yahoo.com

05hb Sept 2009

Share and Enjoy:
  • Facebook
  • Google
  • Furl
  • Print this article!

No related posts.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Wordpress Themes - Wordpress Video Themes - Wordpress Travel Themes - WordPress Restaurant Themes