Selamat Datang Peserta NICE 2009
Tarikh: 13hb hinga 16hb Ogos 2009 .
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, selawat dan salam kepada Junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang membawa obor Islam kepada ummat terkemudian.
NICE 09 diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada semua pelajar jurusan perubatan dan kesihatan mengenai nilai kehidupan beragama sebagai seorang pengamal perubatan dan kesihatan. Ianya juga memberi pendedahan kepada peserta mengenai pentingnya keseimbangan di antara teori dan praktikel sebagai seorang individu muslim. Akhir sekali NICE 09 akan menyajikan peserta dengan keberupayaan hidup bermasyarakat.
Saya mengucapkan terima kasih kepada semua ahlijawatankuasa yang berusaha menjadikan konferen ini sebagai realiti. Sesungguhnya usaha yang mulia ini akan dicatat oleh Allah sebagai satu amalan soleh dan kita mendoakan ianya akan menjadikan salah satu bekalan kita semasa mengadap Allah di Akhirat nanti.
Saya mengucapkan selamat berkonferen kepada semua peserta. Jadikan konferen kali ini sebagai satu medan untuk melatih diri masing-masing sebagai seorang insan yang menjadi manfaat kepada semua makhluk.
Selamat berkonferen
“Professional and community: Bridging the gap”
Dr Suhazeli bin Abdullah
Presiden PAPISMA 2008-10
Related posts:



