Bantuan Banjir Ke Johor
{mosimage}Satu rombongan bantuan banjir ke Johor telah dilaksanakan- Ana, Dr Zakuan, Dr Abd Kursi, Dr Wan Shahjihan, Ustaz ilias dari I-grad bersama rombongan Nisa kelantan telah bertolak pada hari khamis dan kembali semula ke kelantan pada pagi hari raya aidiladha.
Banyak yang kita pelajari dari bencana yang berlaku dan juga dari program yang telah dijalankan di sana. Percayalah tiada siapapun yang selamat dari ujian Allah- Johor yang sudah lama tak pernah mengalami banjir besar telah ditimpa ujian. Kelantan yang sinonim dengan banjir setakat ini masih terselamat dari ujian banjir.
Hikmahnya-Mungkin juga kesempatan untuk JEMAAH berbakti kepada masyarakat sempena musibah yang menimpa dan dapat mengubah persepsi
masyarakat terhadap JEMAAH sendiri.
Bagi PAPISMA..tenaga yang ada harus dioptimakan ..kerja secara berpakej dengan NGO-NGO lain harus diperkukuhkan. Sinergistik effect kerja berjemaah wajib diteruskan bagi menghasilakn output yang maksima dengan tenaga yang optima.
Tahun 2007 akan mungkin akan menyaksikan cabaran yang lebih hebat..mungkin juga pilihanraya akan berlangsung seperti yang digembar-gemburkan. Kerja-kerja harus dimulakan sekarang bagi membantu jemaah. Banyak ruang dan peluang yang NGO boleh lakukan harus diteroka. Pihak AJK PAPISMA akan menjadikan tahun ini sebagai tahun mempertingkatkan kualiti persatuan dan juga ahli. Pihak pengurusan NGO akan diberikan latihan untuk lebih berkerterampilan. Kita akan adakan kursus pengurusan NGO dalam masa terdekat.
Muslimat PAPISMA pula akan dimaksimakan pernanan agar lebih efesien-jangan hanya menjadi pemerhati kepada scenario yang berlaku. Mereka harus ke hadapan dalam menangani isu semasa. Latihan dan bengkel untuk muslimat PAPISMA sedang dirancang dan insyallah akan diadakan dalam masa terdekat. Moga-moga agar segala yang dirancang akan mendapat sambutan dari ahli sekalian. Moga tahun ini PAPISMA lebih berjaya
memainkan pernannya. Kita juga kita berharap agar kerja-kerja kita mendapat keredhaan Allah.
Dr Harmy Moh Yusof
Presiden
No related posts.



