Penyerahan sumbangan kepada SMU SULLAMIAH BUNUT PAYONG

Kota Bahru, 16hb Feb- Sdr Syakir Mohamad (SUK Papisma Kelantan) telah mewakili Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA), berkesempatan bersama di dalam Majlis Penyerahan Sumbangan Kelengkapan Sekolah di SMU (A) Sullaimiah Bunut Payong Kota Bharu Kelantan tengahari tadi. Hadir sama Yb Dr Ramli Mamat Exco Kerajaan Negeri Kelantan.

Sumbangan berupa kelengkapan sekolah seperti meja, kerusi, perabot sekolah, komputer, printer dan lain-lain lagi adalah bernilai hampir RM80,000 ini hasil daripada sumbangan orang ramai kepada mangsa banjir yang telah disalurkan melalui PAPISMA.

Untuk makluman, hampir 80% kawasan di SMU (A) Sullaimiah ini ditenggelami air dalam kejadian banjir besar yang melanda negeri Kelantan pada hujung tahun 2014.

Ribuan terima kasih kepada pihak sekolah yang telah menjemput PAPISMA didalam Majlis Penyerahan Sumbangan ini. Juga terima kasih kepada semua para penyumbang yang telah memberikan sumbangan. Semoga amalan baik ini diberi ganjaran oleh Allah swt.

Be Sociable, Share!

Related posts:

  1. “Help The Helpless – Back To School”
  2. Majlis Penyerahan Tabung Gaza Rakyat Malaysia-PAPISMA kepada AMAL Malaysia
  3. Anda Menyumbang, Kami Menyampaikan (Help the Helpless di Manek Urai)
  4. Misi Bantuan Banjir Papisma Malaysia 2014/15
  5. Sumbangan Fakir miskin Bersama Presiden