Liqa Papisma Negeri Sembilan dan Selangor

Anjung Ilmu Al Bakri, Nilai
15 Februari 2015

Antara pesanan dan perkongsian daripada Datuk SS Dr Zulkifli al-Bakri, Mufti Wilayah, semasa liqa tempoh hari adalah berkenaan Dr Abdurrahman As-Sumaith.
1. Tanggungjawab kita besar. Doktor adalah jurubicara dakwah. Orang yang di dalam bidang profesional boleh jadi lebih hebat dan lebih berkesan dakwahnya berbanding ustaz-ustaz dan pensyarah bidang ugama kalau kena caranya.
2. Datuk SS memperkenalkan Dr Abdurrahman As-Sumaith, seorang doktor perubatan berasal dari Kuwait. Seorang yang meminati agama sejak kecil, dan tekun beragama.
– Belajar perubatan di Iraq. Kemudian sambung belajar ke luar negara
– Sewaktu belajar, beliau mengumpulkan sahabat-sahabatnya di tempat belajar utk berbuat kerja-kerja amal.
– Habis tempoh pengajian, dia mencari tapak utk menjalankan kerja dakwah. Akhirnya beliau pergi ke Africa – Mali, Madagascar dll.
– Kesan daripada usaha2 yg dibuat beliau, mula diiktiraf dan dapat bantuan dari Amir Kuwait
– Beliau pergi ke Africa untuk membina masjid dengan duit sumbangan tersebut. Beliau merupakan seorang yg amanah terhadap sumbangan org ramai. Satu sen pun tidak digunakan utk peribadi.
– Guna medium perubatan sebagai dakwah.
– Hampir 11 juta memeluk Islam atas asbab usaha dakwah beliau. Kesukaran berdakwah yg dihadapi; kadang-kadang kena naik keretapi di afrika sehingga 13 jam, menaiki sampan, dikejar binatang buas, ditekan oleh tentera militan, diludah dsb.
– suatu kisah di mana dia dicabar oleh seorang syeikh qabilah supaya mendoakan agar diturunkan hujan. Dijawab oleh beliau “hujan ini hak Allah” tapi dipaksa juga. Maka dia berdoa. Belum sempat menurunkan tangan berdoa, hujan turun dgn lebat. Seluruh Qabilah memeluk Islam
– dengan duit sumbangan, beliau telah membina 5700 buah masjid, lebih 12000 telaga, menubuhkan Maahad tahfiz. Dan pelbagai lagi.
– kematian beliau ditangisi dan dikunjungi puluhan ribu manusia
3. Perbualan Datuk SS dgn pegawai dari Kuwait. SS tanya mengenai Dr Assumaith. Pegawai Kuwait ini bercerita; beliau pernah menjadi duta dan pernah pernah pergi ke sebuah tempat yg hulu di hujung kampung utk menyampaikan sumbangan. Apabila tiba di sana, sudahpun ada maahad tahfiz yg dibina oleh abd rahman as sumaith di sana.
4. Menekankan ttg dr As Sumaith sebagai tokoh yg luar biasa yg memanfaatkan masanya utk fi sabilillah. Bangkitkan persoalan “Kalau saya mati, malaikat tanya saya apakah masa kamu digunakan untuk Islam?”
6. Doktor perubatan merupakan jurubicara dakwah yg paling kuat. Walaupun berpangkat tinggi – jeneral tentera, ketua polis dsb, apabila berdepan dgn doktor ketika dirawat, tetap senyap dan akur bila ditegur oleh doktor. Kita perlu berusaha utk menjadikan suasana yg ada sekitar kita utk menjadi lebih bertepatan dgn Islam.

Catatan MAO

Be Sociable, Share!

Related posts:

  1. Pertemuan Indah PAPISMA di Selangor
  2. Doktor Haji
  3. Good Morning Doctor” Bersama Dr. Awisul Islah Ghazali
  4. Belasungkawa TGNA
  5. KEMPEN 2K DI KEBOR AIR BERJAYA