Housemanship Preparatory Course 2015

Shah Alam, 1hb Feb – Bertempat di bilik seminar Masjid As-solihin Padang Jawa, Shah Alam telah berlangsung ‘HO Preparatory Course‘ kali ke-2 untuk sesi 2014. Program yang berlangsung selama 3 hari itu, iaitu 30hb Januari hingga 1hb Februari turut dihadir Dr Awisul Islah, Presiden Papisma Malaysia. Kursus selama 3 hari tersebut juga turut diselitkan Kursus Induksi Papisma yang memperkenalkan Papisma Malaysia secara dekat dengan peserta serta agensi-agensi Papisma Malaysia yang utama seperti Koperasi Amal Medik, Jabatan Akademik Papsisma dan sebagainya.

Seramai hampir 50 orang peserta yang terdiri daripada lepasan pengajian perubatan, pergigian & kesihatan dari universiti dalam dan luar negara turut serta dalam program tersebut.

Selain mendapat pendedahan secara praktikal berkaitan program-program latihan siswazah di hospital-hospital latihan nanti, peserta juga turut diberikan tip-tip berkaitan pengurusan kewangan diawal kerjaya disamping persedian mental untuk berhadapan dengan alam pekerjaan yang pastinya mencabar.

Program yang dianjurkan oleh Exco Generasi Muda Papisma, Dr Syafiq Hamdani, turut mendapat sentuhan ukhuwah melalui pelbagai program sampingan lain seperti beriadah, dengan tujuan dan matlamat menghasilkan generasi pelatih kepimpinan Papisma Malaysia di semua peringkat melalui keutuhan kefahaman dan persaudaraan.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada peserta, penceramah jemputan, exco Papisma Malaysia dan pihak jawatankuasa Masjid yang telah menjayakan program ini.

1970959_716608548436667_3741731657274208938_n
Dr Afnan turut berkongsi dengan peserta
10339715_716608861769969_5048732008580645209_n
Dr Suhaini Kadiman berkongsi tentang pengurusan kewangan
10858571_716608885103300_3606369388166929642_n
Dr Awisul Islah, Presiden Papisma Malaysia merasmikan program
10947208_716608761769979_5993070859122168259_n
Forum selingan sebelah malam
10978671_716608698436652_223352249646511718_n
Beriadah

 

Be Sociable, Share!

Related posts:

  1. Kursus Induksi Papisma
  2. Kursus Kepimpinan Profesional Islam 2011: Modul NLP Bersama Fadzli Yusuf
  3. Jaulah Tarbawi ke Jordan untuk PRIMED 2014 dan sumbangan Tabung Prihatin DAKAP
  4. Papisma Malaysia di Sempadan Jordan-Suriah
  5. Kursus Laman Web berlangsung dengan jayanya